Semalam, seorang wanita meluahkan rasa geram di laman Facebook Kisah Rumah Tangga kerana dilayan bagaikan kuli setiap kali balik beraya di rumah mertua. Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia sudah mendirikan rumahtangga selama 6 tahun dan beraya di rumah mertua selama 5 tahun.
Setiap kali dia mahu beraya di rumah emaknya sendiri pasti ibu mentuanya bertanya kenapa balik lambat kerana tidak ada orang yang membantu untuk menyambut tetamu di rumah mentuanya.
Anak dara dan kakak ipar ada di rumah tetapi pemalas...
Kredit foto : Facebook KRT
Mengandung 6 bulan, penat beraya balik rumah disuruh memasak pula..
Kredit foto : Facebook KRT
Sudah penat memasak, mengadu masin pula..
Kredit foto : Facebook KRT
Tambah pengadu, suaminya seorang yang baik tetapi dia juga merasa serba salah dengan sikap keluarganya..
Kenapa mentua suka mengharapkan menantu yang buat kerja rumah sedangkan mereka juga mempunyai anak perempuan untuk membantu..
Kredit foto : Facebook KRT
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca laman KRT tersebut yang rata-ratanya memahami rasa penat yang dialami oleh si pengadu.
Kredit foto : Facebook KRT
Ada juga yang mencadangkan agar si pengadu beraya di rumah sendiri..
Kredit foto : Facebook KRT
Lumrah hidup berumahtangga memang tidak akan lekang dengan ujian dan dugaan. Namun, bagi masalah seperti ini, tolak ansur sangat penting untuk menjaga kerukunan rumahtangga. Mungkin pengadu boleh cuba berbincang dengan suami dan mak mertua secara lembut kerana ibu mertua mungkin tidak perasan yang perbuatan dia telah menimbulkan perasaan kurang senang pada si pengadu.-CARI |