View: 4235|Reply: 33
|
Remaja bunuh diri selepas dapat 69 peratus undian Instagram
[Copy link]
|
|
Edited by debdeb at 17-5-2019 04:49 PM
Remaja bunuh diri selepas dapat 69 peratus undian Instagram
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-bunuh-diri-selepas-dapat-69-peratus-undian-instagram-207649
KUCHING: Seorang remaja 16 tahun merealisasikan undian netizen yang mengundinya untuk "mati" dengan terjun bangunan di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Bandar Baru Batu Kawah dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan memberitahu, mangsa membuat undian tersebut melalui akaun Instagram.
"Sebanyak 69 peratus rakan instagram mangsa menyokong hasratnya untuk mati menerusi kotak undi yang dimuat naik sekitar jam 3 petang semalam.
Mangsa sebelum itu menulis catatan 'Really Important, Help Me Choose D/L pada kotak undi.
D bermaksud 'die' (mati) manakala L bermaksud 'live' (hidup).
Mangsa turut memuat naik status 'WANNA QUIT F**KING LIFE I’ M TIRED' dalam facebooknya.
Semakan pada telefon bimbitnya pula, menemui status WeChat yang mengucapkan sayang kepada kawan-kawannya, yang ditulis dalam bahasa Cina.
Kata Aidil, remaja tersebut dipercayai tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka.
Mangsa ditemui sekitar jam 8.00 malam oleh seorang lelaki, yang kemudian melaporkan insiden tersebut kepada Balai Polis Batu Kawa.
Mayat mangsa kata Aidil, kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat, yang dijadualkan petang ini.
Tiada unsur jenayah dikesan di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus, kurang sorang yg tak berakal dalam dunia ni |
|
|
|
|
|
|
|
budak tu mesti tiada siapa sebab tu dia minta follower dia buat keputusan kat instagram. dan follower dia pula mesti ingat itu tak penting dan main-main. |
|
|
|
|
|
|
|
aik tu video pasal apa? 31.5 apa tu? 31.5 tu tarikh hujung bulan ni ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku mcm tertengok short video yg berbeza dan semua end dengan 31.5 ada apa2 yg aku tertinggal ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
patut polis contact instagram, bagi IP address smua voters, pstu sumbat dlm jail atas tuduhan subahat bunuh diri, tak kirela 1000 org ke apa..
klu tk jadi ikutkan pasni.. |
|
|
|
|
|
|
|
knp lah ikut orang ckp, ikut lah sendiri pemikiran, hidup ditentukan diri sendiri, jgn lah ikut orang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
video ni dapat membantu ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
saya sudah sharing, terima kasih utk sharing, menyelamatkan orang, memula daripada diri sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg remaja bunuh diri, kenapa tak cari solution?? knp nak bunuh diri?? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg nak perlu bantuan, boleh mendapat bantuan daripada mereka, haraplah jgn menyebabkan keluarga sedih....
|
|
|
|
|
|
|
|
selepas, tengok video ni, saya feel touch, nak bertemu dengan keluarga aku, nak minta maaf kepada mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas, telah tengok video ni, iklan ni, aku nak tolong orang lain juga...
|
|
|
|
|
|
|
|
Raya nak dtg ni, knp lah bunuh diri jadi trend skrg?? |
|
|
|
|
|
|
|
i think that commit suicide does not a solution to help them, if any trouble faced, u find to find third party to slove.
After i saw this video, i think that, u can be motivated, tell them, u can be better and better life, to improve yourself
here is the link: https://www.facebook.com/myTMgroup/videos/2312695742384713/?v=2312695742384713
i hope this video can be improve your guys to more powerful and strong everyday
|
|
|
|
|
|
|
| |
|