CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3816|Reply: 9

Kek Keju Tak Perlu Dibakar, Pencuci Mulut Terbaik Untuk Berbuka Puasa

[Copy link]
Post time 17-5-2019 09:32 AM | Show all posts |Read mode

Foto: Google



Ramai orang suka makan kek keju tapi selalu mengganggap nak buat kek keju ni susah dan leceh dan perlu dibakar menggunakan oven. Tambahan pula ramai tidak memiliki oven. Harga kek keju di pasaran pun agak mahal. Buat sendiri lebih berbaloi.


Resipi mudah yang bakal dikongsikan ini merupakan kek keju yang hanya perlu dibekukan di dalam peti ais.  Boleh dimakan semasa berbuka puasa nanti ataupun disediakan semasa majlis rumah terbuka hari raya kelak.

Mari kita lihat bahan-bahannya terlebih dahulu untuk membuat Kek Keju Coklat Bersama Bijiran Beras Rangup (Crispy Rice Cereal Chocolate Cheesecake)

Bahan-bahannya:


¼ cawan/60g  unsalted butter
285 g  mini marshmallows
6 cawan / 180g   crispy rice cereal
225g  semisweet chocolate
¼ cup/ 6oml  heavy cream
455g cream cheese
½ cawan/100g  gula
1 sudu teh  vanila
2 ½ cups/150g  whipped cream
chocolate bar, untuk hiasan



Cara penyediaan:

Based Kek


1. Cairkan mentega dalam kuali mengguna api sederhana.








2. Masukkan marshmallows dan kacau hingga cair. Tambah bijiran beras dan kacau sehingga sebati.







3. Sementara masih panas, pindahkan bijiran beras tadi ke dalam pan berdiameter 10 inci yang telah disapu mentega.

4. Tekan dan ratakan bijiran beras tadi untuk bentuk based kek menggunakan cawan yang telah disapu mentega supaya tidak melekat. Ketepikan.





Filling Kek


1. Masukkan semi sweet chocolate dan tuang heavy cream. Letak dalam microwave selama 1 minit atau boleh guna kaedah double boiled. Kacau hingga cair.











2. Dalam bekas lain, gaul cream cheese, gula dan vanila hingga sebati.





3. Masukkan campuran semi sweet chocolate+heavy cream tadi. Kacau sebati.







4. Tambahkan 1 1/1 cawan ( 90g) whipped cream ke dalam adunan coklat dan kaup dengan spatula sehingga sebati.







5. Tuangkan adunan ini ke atas based kek dan sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 3-4 jam. Untuk hasil yang lebih baik, adunan kek perlu disejukkan semalaman.






Hiasan
1. Boleh gunakan baki whipped cream yang telah dipukul hingga kembang dan paipkan ke atas kek keju yang telah disejukkan. Parut sedikit chocolate bar untuk hasil lebih menarik dan sedia untuk dingap.









Sedia untuk dinikmati!







Selamat mencuba! -CARI
Kredit: Tasty

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2019 04:00 PM | Show all posts
terliuqqqqqqqqqqq cek di bulan poseeee ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik, terima kasih berkongsi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 10:23 AM | Show all posts
silentreaaders7 replied at 19-5-2019 04:00 PM
terliuqqqqqqqqqqq cek di bulan poseeee ni

try la buat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2019 10:23 AM | Show all posts
neuron.takeshi replied at 19-5-2019 04:11 PM
Menarik, terima kasih berkongsi

sama-sama..cuba buat ye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 11:50 AM | Show all posts
natrahn replied at 21-5-2019 10:23 AM
sama-sama..cuba buat ye..

inshaallah tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2019 11:24 AM | Show all posts
mcm sedap plak...blh try buat ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks for sharing..nnt boleh try ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2021 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya.. tq share resepi
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 05:51 PM | Show all posts
tq for the recipe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.076308 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list