Periuk tekanan tinggi ataupun lebih dikenali sebagai 'pressure cooker' di kalangan suri rumah memang menjadi idaman kerana fungsinya yang pelbagai dan memudahkan para isteri untuk memasak dengan lebih cepat dan efisien. Namun, tidak semua peralatan elektrik tidak kiralah 'pressure cooker' ataupun tidak itu selamat digunakan. Perlu ada pengetahuan dan sentiasa berhati-hati dalam mengendalikan periuk jenis ini kerana tekanan wap yang tinggi dan boleh mendatangkan kecederaan jika tidak dikendalikan dengan betul.
Begitulah yang terjadi pada seorang pengguna twitter apabila beliau berkongsi pengalaman menggunakan 'pressure cooker' namun kecelakaan pula yang menimpa. Hanya berbaki 15 minit lagi untuk berbuka puasa, ibu dan adiknya terpaksa berbuka di hospital kerana melecur teruk akibat 'pressure cooker' yang tiba tiba sahaja meletup!
Saudari Emma Azman telah menceritakan pengalaman beliau di twitter dan telah mendapat lebih 5 ribu ulang kicau. Rata - rata netizen juga telah memberi komen dan pendapat mengenai kejadian tersebut. Dahsyat juga ya!
Lagi 15 minit nak berbuka..
Sentiasa berhati- hati dan baca arahan penggunaan
Sepatutnya didatangkan dengan fungsi 'auto-lock' untuk keselamatan
Tak pasal-pasal. Niat nak makan masakan di rumah terpaksa pula berbuka di hospital. Apa-apapun, sentiasa berhati-hati apabila menggunakan peralatan elektrik dan pastikan mempunyai tanda SIRIM untuk keselamatan. - CARI
|