Kecoh di media sosial apabila tular sebuah video kebakaran yang dirakam oleh seorang wanita namun yang menjadi isu adalah apabila wanita tersebut membuatkan netizen bengang apabila menjadi pengulas tidak berbayar kerana memaki urusan kerja bomba yang sedang melakukan kerja menyelamat.
Sehinggakan wanita tersebut digelar makcik bawang kerana kelantangannya memaki ahli bomba dengan kata kesat sehingga yang mendengar pun boleh geram! Mungkin kerana tidak memahami tatacara kerja ataupun (SOP) wanita tersebut meluahkan rasa marah dan penghinaan.
"Dah la datang lambat, buka air lambat, memang kerja bodoh dibuatnya.."
Perkongsian video itu telah dimuat naik di laman sesawang Twitter oleh @999Malaysia dan mengulas lanjut mengenai tragedi tersebut, pihak bomba diwajibkan untuk mengikut SOP dengan meninjau keadaan kebakaran sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil. Kedudukan tangki bahan terbakar, bateri dan pelbagai lagi bahan berisiko perlu diambil kira untuk mengelakkan sebarang nyawa terkorban akibat langkah tidak berjaga-jaga.
Netizen yang sentiasa prihatin dengan isu semasa memberi ulasan dan komen mengenai video tersebut. Apatah lagi dengan isu bahasa kesat yang dilontarkan wanita terbabit yang tidak faham SOP, ramai yang memberi sepatah dua kata mengenai tragedi tersebut.
Ada otak guna otak sebelum bercakap..
Nak berak pun ada SOP..
Tahu nak cepat je..
Aduh, macam-macam. Apa pendapat anda? -CARI
|