Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan jangkitan penyakit Monkeypox pertama di negara itu melibatkan seorang warganegara Nigeria yang baru tiba bulan lalu untuk menghadiri sebuah bengkel di negara itu.
Lelaki berumur 38 tahun itu disahkan positif dijangkiti penyakit yang jarang ditemui itu. Biasanya ianya menjangkiti manusia daripada haiwan, kata jurucakap MOH Rabu lalu. Pesakit itu kini menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) negara itu dan dikhabarkan dalam keadaan stabil.
Kredit foto: Carian Google
Seramai 22 daripada 23 orang yang pernah bersentuhan atau duduk berdekatan dengan lelaki itu turut dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, salah seorang daripadanya adalah peserta bengkel sama yang telah meninggalkan Singapura pada 5 May lalu. Bagaimanapun, lelaki itu melaporkan kepada MOH bahawa beliau tidak menunjukkan sebarang simptom setakat ini. Walaupun jangkitan antara manusia sangat jarang, MOH berkata mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko.
Kredit foto: Carian Google
Menurut siasatan, lelaki itu menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Nigeria di mana hidangan yang disediakan adalah binatang buruan liar, yang disyaki sumber jangkitan itu. Binatang buruan liar seperti monyet, gorilla, kelawar dan babi hutan adalah antara menu hidangan biasa di sebahagian benua Afrika.
Rekod menunjukkan lelaki itu tiba di Singapura pada 28 April untuk menghadiri bengkel tetapi mengalami demam, sakit otot dan sendi, dan ruam kulit menyebabkan dia terpaksa berehat di bilik hotel selama 8 hari, sebelum dihantar ke Hospital Tan Tock Seng.
Kredit foto: Carian Google
Dalam kenyataannya, MOH Singapura menyatakan Monkeypox biasanya penyakit yang boleh sembuh sendiri, dan kebanyakan pesakit akan pulih dalam tempoh dua hingga tiga minggu.
Semoga penyakit ini tidak akan merebak ke Malaysia. -CARI |