CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 10

Didenda RM1,000 Pindah Ayam Guna Bas Ekspres Tanpa Permit

[Copy link]
Post time 8-5-2019 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Majistret Johor Bahru mengenakan denda RM1,000 terhadap empat lelaki atas kesalahan memindahkan 13 ayam jantan menggunakan bas ekspres tanpa permit.


Berita Harian melaporkan, haiwan itu dipindahkan dari Kelantan ke bandar raya ini pada tahun lalu.


Nik Norilham Muhamad @ Afandi, 41, Mohd Zulhilmi Amzar Zuhaimi (27), Raja AlFaizal Raja Azlan (27) dan Fauzi Yazid (47) mengaku bersalah di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.




Foto: BH Online




Nik Norilham dan Zulhilmi yang masing-masing pekerja kampung dan pembantu kedai runcit dituduh memindahkan tujuh dan empat ekor ayam tanpa memiliki perakuan kebenaran bertulis daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor (JPVNJ).


Sementara itu, Raja AlFaizal dan Fauzi masing-masing penganggur dan penjawat awam dituduh memindahkan seekor ayam seorang atas kesalahan sama.


Difahamkan, empat ayam Mohd Zulhilmi mati ketika dalam perjalanan.


Keempat-empat lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Platform B, Terminal Pengangkutan Awam Larkin jam 10.10 pagi pada 7 April tahun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 36 (7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 di bawah perenggan Perintah Kawalan Penyakit Flu Unggas Negeri Johor 2005.


Kesemua mereka berdepan hukuman denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.




Gambar Hiasan




Pegawai Pendakwa JPVNJ, Mohd Faiz Ajiss berkata, tindakan tertuduh tidak bertanggungjawab dan meningkatkan risiko penyebaran penyakit selesema burung di sepanjang perjalanan.


Majistret memutuskan untuk mengenakan denda RM1,000 setiap seorang dan tiga minggu penjara jika gagal membayarnya.


Selain itu, Nik Norilham diperintahkan membayar RM716.04 bagi kos penjagaan dan rawatan ayam dirampas, manakala Raja AlFaizal dan Fauzi masing-masing sebanyak RM109.51, kepada JPVNJ.


Malah, semua ayam berkenaan diarahkan untuk dilupuskan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 02:50 PM | Show all posts
camne dia pindahkan tu? letak dalam bas ke dalam tempat beg tu?
aku xleh imagine
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tau kesalahan tapi buat juga..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif kirim ayam hidup naik bus?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 08:21 AM | Show all posts
ada org johor pesan kot...
nak fresh delivery
kena tanya bangsa johor nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 09:26 AM | Show all posts
ermmmmm....wat kerja pelik²...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2019 09:27 AM | Show all posts
ermmmmm....wat kerja pelik²...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 09:29 AM | Show all posts
ermmmmm....wat kerja pelik²...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2019 09:41 AM | Show all posts
takdak lori tumpang ka
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
iola penah naik maswings ke sandakan ada ayam dalam tu dorang angkut guna flight
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 03:37 PM | Show all posts
Semoga kita mengambil iktibar daripada kejadian ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066209 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list