CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7143|Reply: 74

[Tempatan] Isa Samad, Azeez Rahim, Irwan Serigar tak mahu buat Umrah jugak ka? Prrrrrrrpfft

[Copy link]
Post time 8-5-2019 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Maideen. at 8-5-2019 10:29 AM

Kesian jugak bila Maideen membaca laporan akhbar yang Mahkamah Tinggi tak mahu bagi pasport Zahid hamidi untuk membolehkan dia buat Umrah di Mekah.
Lawyer dia Ahmad Zaidi kata dah 30 tahun dia tak pernah miss buat Umrah di bulan puasa...


Ini sebenernya telah membuat Maideen teringat satu kejadian di Balai Polis Campbell dahulu dimana seorang penyangak macam penagih dadah yang baru di bawa kebalai telah meminta polis supaya membenerkan dia pergi sembahyang jumahat. Sambil menahan gelaknya polis itu berkata, " Rasanya hari ini kamu tak payah lah pergi sembahyang jemahat.....Prrrrrrrrrrpffftght "

Ini membuat kita tertanya tanya: Isa Samad ka, Azeez Rahim ka, Irwan Serigar ka, tak mahu buat ibadah Umrah jugak ka? Prrrrrrrrrrrrrrpfffftght,

]Ahmad Zahid gagal pohon pasport dikembalikan


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan  47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah (CBT) dan rasuah, supaya pasportnya yang berada dalam simpanan mahkamah, dikembalikan untuk beliau mengerjakan umrah.

Selepas mendengar penghujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata sungguhpun mengerjakan umrah sangat digalakkan semasa Ramadan namun ia bukanlah wajib.

"Dalam pemahaman saya, tiada keperluan mendesak dan tiada kewajipan bagi pemohon (Ahmad Zahid) untuk mengerjakan umrah. Sungguhpun pemohon telah mengerjakan umrah sejak  30 tahun lepas, keadaan yang berlaku sekarang sangat berbeza memandangkan beliau kini menghadapi pertuduhan yang pelbagai dan serius. Oleh itu, mahkamah menolak permohonan ini," katanya.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid, berhujah bahawa anak guamnya perlu pergi ke Arab Saudi antara 9 Mei dan 3 Jun ini untuk mengerjakan umrah.

Hisyam berkata anak guamnya tidak mempunyai niat lain kerana beliau adalah seorang anggota parlimen dan keluarganya juga tinggal di negara ini.
"Beliau akan kembalikan pasport itu kepada mahkamah pada hari berikutnya selepas beliau pulang ke negara ini," katanya.
Ahmad Zahid turut hadir di mahkamah.

Seorang lagi peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal berkata, anak guamnya tidak pernah gagal untuk mengerjakan umrah sejak  30 tahun lepas terutamanya dalam bulan Ramadan.

Hakim Sequerah: Jadi, adakah kamu mengatakan ia wajib?

Ahmad Zaidi: Tidak, tapi sangat dituntut dalam Islam. Beliau tidak pernah gagal mengerjakan umrah sejak 30 tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi membantah permohonan itu dengan mengatakan bukanlah keperluan mendesak bagi pemohon untuk mengerjakan umrah memandangkan pertuduhan yang dihadapinya sangat serius.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 18, 20, 21, 22 November dan 2, 3, 4, 5, 6, 9, 10, 11, 12,13 Disember untuk perbicaraan.

Pada 22 Mac, Hakim Sequerah menetapkan 18 hari untuk perbicaraan dari 8 Julai hingga 12 Sept.

Bagaimanapun, tarikh berkenaan telah dilapangkan untuk perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berdepan 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, yang dijadual bermula dari 19 Ogos hingga dua minggu pertama November.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lepas, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap sejumlah  46 pertuduhan, terdiri daripada 11 pertuduhan  CBT, lapan pertuduhan rasuah dan  27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berjuta-juta ringgit kepunyaan Yayasan Akalbudi.

Pada 20 Februari tahun ini, beliau didakwa atas satu lagi pertuduhan  CBT membabitkan  RM260,000 milik Yayasan Akalbudi. Setakat ini, beliau berdepan sejumlah 47 pertuduhan. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 11:08 AM | Show all posts
byk duit tiap tahun pegi
tp setiap tahun pergi umrah masih lagik terlibat mcam2 hal yg x elok
pegi umrah tu utk menyucikan dosa ker  
untung la kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Umrah tu ziarah....baik di mata orang tp ia bukan jaminan kalis neraka..rutin ke umrah vs penghayatan umrah itu berbeza
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 12:02 PM | Show all posts
Edited by Maideen. at 8-5-2019 12:13 PM
haryatie replied at 8-5-2019 11:08 AM
byk duit tiap tahun pegi
tp setiap tahun pergi umrah masih lagik terlibat mcam2 hal yg x elok
pegi ...

Siapalah kita untuk meragui kepercayaan sesetengah orang bahawa esok di Padang Masyar, Allah SWT akan mengeluarkan sebuah neraca besar dan malaikat akan menggunakan neraca besar itu untuk menimbang dosa menyonglap dan makan rasuah ka atau pahala buat Umrah dibulan Romdan ka dan kalau pahala buat umrah di bulan Romdan itu lebih berat dari dosa menyonglap dan makan rasuah maka Allah SWT akan menghantar malaikat untuk mengiringi tuan punya dosa dan pahala itu ke syurga untuk menikmati segala benefit ahlinya.....

Itu sebabnya kita tertanya tanya Isa Samad ka, Azeez Rahim ka atau Irwan Serigar ka tak mahu buat umrah ka tahun ini? Prrrrrrrrrrrpffthht


Gambar hiasan - Neraca penimbang penentu dosa berat ka pahala berat ka.


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 12:19 PM | Show all posts
Patut la buat perhimpunan ummah, Islam tertindas katanya..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 12:25 PM | Show all posts
kelana36 replied at 8-5-2019 12:19 PM
Patut la buat perhimpunan ummah, Islam tertindas katanya..

Rupernya Hakim Collin Lawrence Sequerah menindas Islam.....hahahahahahaha

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah kan percaya doa mustajab  kalau kita doa depan kaabah maideen...tempat2 lain tak mustajab
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 12:41 PM | Show all posts
bila la melayu ni nak sedar umrah haji sume tu x boleh pn nak buat org jadi baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 12:46 PM | Show all posts
alaaa... dah 30 thn tak miss pi umrah..
tahun ni tak pi xper la...
kalau nak pahala extra bulan puasa ni, taja jer org miskin 1 kampung pi buat umrah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 01:15 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 8-5-2019 12:28 PM
Ummah kan percaya doa mustajab  kalau kita doa depan kaabah maideen...tempat2 lain tak mustajab:love ...

Doa depan kaabah pon iya jugak, tapi Maideen lebih merasakan bahawa kepercayaan  dosa pahala akan ditimbang itu memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan orang beriman. Boleh lah dikatakan ianya adalah " a way of laif".

Sebagai contoh dulu ada seorang Setia Usaha Agong sebuah parti politik yang memperjuangkan Isle. (Untuk tidak mengurangkan pahala puasa, Maideen tidak akan menamakan pejuang Isle itu mahu pon parti politik dalam mana dia menjadi Setia Usaha Agongnya. Menurut ulamak ulamak dengan berbuat begini, Maideen juga akan mendapat pahala kerana menutop aib lobai pejuang Isle merangkap Setia Usaha Agong itu.)

Setia Usaha Agong ini telah kesana kemari mengajak ummah supaya melawan kemungkaran. Kesana kemari dia membawa hadis "Tidak dapat melawan kemungkaran dengan tangan kalu, kita lawan dengan kaki ka apa ka. Tak dapat lawan dengan kaki kalu' kita lawan dengan hati. Itulah selemah lemah iman!", katanya.

Hadirin yang terdiri dari lobai dan lobainita ada yang menangis terharu mendengar seruannya. Ramai yang ber Takbirrrrrrrrrrrrrrrrr.....

Tapi tak lama selepas itu tersebar video lobai Setia Usaha Agong itu sedang memakai seluar dalam besarnya dihadapan seorang wanita yang bukan mahramnya (yakni bukan bini bini atau hamba wanitanya)

Maideen yakin nanti di padang masyar malaikat akan menimbang yang mana lebih berat: Pahala dia berceramah mengajak ummah melawan kemungkaran ka atau dosa memakai spender besar dihadapan wanita bukan muhrimnya ka...

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 8-5-2019 01:15 PM
Doa depan kaabah pon iya jugak, tapi Maideen lebih merasakan bahawa kepercayaan  dosa pahala akan  ...

Hahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 01:58 PM | Show all posts
tak pelah bukan rezeki kamu nak menunaikan umrah dibulan ramadan pada tahun ini...cuba lagi tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila paderi tua berkata kata........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 03:14 PM | Show all posts
tripleid replied at 8-5-2019 12:41 PM
bila la melayu ni nak sedar umrah haji sume tu x boleh pn nak buat org jadi baik

Memang ada sesuatu tentang umrah ini.

Dulu ada seorang forumner wanita menceritakan bagaimana ada rakan sekerjanya telah menangkap suaminya (yakni suami kawannya itu) mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Tapi dia bersyukur suaminya sudah meminta maaf dan berjanji akan mengakhiri hubungan sulitnya itu. Dia pon memaafkan suaminya dan merrka akan membuat umrah.......Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght

Maideen~It's a way of life.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 03:52 PM | Show all posts
hidup lagi john love ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 8-5-2019 12:02 PM
Siapalah kita untuk meragui kepercayaan sesetengah orang bahawa esok di Padang Masyar, Allah SWT a ...

Sekadar bertanya....... alat timbang yg diguns tu mcm simbol BN je. Masih relevan ke??

P/s Bukankah Allah SWT maha mengetahui biarpun tanpa alat timbang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 nk claim tertindas..

Melayu islam penyokong umno je yg tertindas skrg sbb dedak dh putus..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsepnya anual trip untuk menyucikan imej....bila imej islamiyyah dah kurang ,boleh topup di mecca..balik terus maksuk kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 04:30 PM | Show all posts
Edited by Maideen. at 8-5-2019 04:31 PM
batu kikir replied at 8-5-2019 03:58 PM
Sekadar bertanya....... alat timbang yg diguns tu mcm simbol BN je. Masih relevan ke??

P/s Buka ...

Macam itu lah rupa alat penimbang di padang masyar yang gambarkan oleh jumhur ulamak BK.....

Maideen ada terfikir kenapa Allah Ta'alla tak pakai penimbang digital supaya malaikat tak buat silap, tapi takut plak rosak akidah sebab ulamak dah cakap rupa timbang dia cenggitu....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053759 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list