Seorang budak lelaki di Guiyang, Guizhou dipaksa melakukan ketuk-ketampi dalam keadaan separuh bogel di depan khalayak ramai.
Hukuman tersebut dikenakan oleh ibunya sendiri sebagai pengajaran kerana berani memegang punggung budak perempuan sekelasnya.
Daily Mail melaporkan, ibunya mengarahkan kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu supaya menanggalkan pakaian dan hanya memakai seluar dalam sebelum mendendanya.
Didenda ketuk ketampi, Foto: Daily Mail
“Guru menghubungi saya dan memberitahu anak saya meraba punggung seorang murid perempuan di kelasnya.
“Oleh itu, saya harus mengajar dia."
Difahamkan kanak-kanak tersebut memang selalu memberontak.
Enggan namanya dikenali, wanita tersebut dia bertindak demikian supaya anaknya merasai perasaan mangsa.
“Saya akan layan dia sebagaimana dia lakukan terhadap orang lain. Biar dia merasai dihukum dan disaksikan orang ramai.
“Biarpun guru kata dia masih kecil, namun perbuatan itu adalah serangan seksual sekiranya dia melakukannya ketika dewasa.” -CARI |