Ingin mengikut jejak langkah bapanya menghasilkan lagu berjudul 'Budi dan Jasa’ yang didekasikan buatnya dan adik-beradik lain, Shila Amzah berkongsi dengan pemiinat bahawa dia telah menulis sebuah lagu untuk anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Kredit foto: IG Shila Amzah
Shila berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagramnya dan jelas kelihatan Shila terharu dapat menghasilkan sebuah lagu khas buat anaknya.
Ramai peminat dan pengikut teruja dengan perkongsian itu dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Pada 19 April tahun lalu, Shila menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan pilihan, Haris Idraki Elias dan mereka kini sedang menghitung detik menunggu kelahiran cahaya mata sulung.
Sebelum ini, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menghasilkan lagu 'Comel Si Pipi Merah' buat anaknya, Siti Aafiyah.
Adakah lagunya akan sentiasa meniti di bibir ramai seperti lagu Comel Si Pipi Merah itu? - CARI
|