CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2581|Reply: 4

Gayakan “Raya In Red” Dengan Simplysiti Hanya Di Watsons

[Copy link]
Post time 6-5-2019 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda terfikir bagaimana jelitawan Korea mendapatkan kulit yang tiada cela dan sentiasa kelihatan muda & remaja? Rahsianya adalah Ekstrak Ginseng Merah Korea! Kini “ramuan rahsia” tersebut sudah didapati dalam rangkaian mekap Edisi Eksklusif “Red Collection” oleh SimplySiti.


Dilancarkan secara eksklusif bersempena sambutan Hari Raya yangbakal tiba tidak lama lagi, Edisi Eksklusif “Red Collection” yang terdiri daripada Bedak Asas Kusyen, Bedak Kompak, Pemerah Pipi dan Krim Bibir Matte kini boleh didapati di cawangan terpilih Watsons di seluruh negara dan juga di kedai dalam talian Watsons.








Ginseng Merah Korea memberikan pelbagai manfaat kepada kulit seperti mencegah penuaan dan memperbaiki warna serta tona kulit. Baru-baru ini, 20 orang pelanggan Watsons yang membeli mana-mana rangkaian produk SimplySiti bernilai RM120 ke atas dalam satu resit di Watsons Central i-City Mall telah berpeluang berjumpa dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Sesi bertemu dan beramah mesra bersama peminat itu turut disertai oleh Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Azuddin Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SimplySiti, Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia dan Thoren Tan, Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia.


“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi kerana rangkaian mekap terbaharunya menawarkan sesuatu kelainan untuk para pelanggan Watsons. Di Watsons, kami sentiasa mengikuti trend terkini dan berusaha untuk memenuhi permintaan dan keperluan para pelanggan yang sentiasa berubah-ubah.


Penggunaan Ekstrak Ginseng Merah Korea dalam rangkaian mekap baharu SimplySiti adalah merupakan suatu inovasi kerana ginseng diketahui boleh meningkatkan penghasilan kolagen, menjadikan kulit lebih tegang dan muda. Inilah yang diingini oleh para pelanggan Watsons dalam usaha memperbaiki penjagaan kulit mereka,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.






Bedak Asas Kusyen adalah sebahagian daripada Edisi Eksklusif “Red Collection”. Formula bedak asas inovatif ini menggabungkan Ekstrak Ginseng Merah Korea, Ekstrak Buah-Buahan dan Teknologi Kusyen untuk penampilan kulit yang lebih tegang dengan kaedah pemakaian yang mudah. Ia menawarkan liputan yang boleh ditambah untuk menghaluskan tanda-tanda awal penuaan,menutupi garis-garis halus dan kedutan dengan SPF 35 PA++, pada harga RM72.90.


Bedak Kompak “Red Collection”pula ialah bedak kompak hebat yang diformulasi dengan Ekstrak Ginseng Merah Korea untuk menyegarkan semula kulit, membantu menyembunyikan garis-garis halus dan kedutan untuk penampilan wajah yang lebih muda. Diadun dengan Minyak Biji Makadamia yang mengawal keseimbangan minyak dan menghaluskan kulit sepanjang hari, ia menghasilkan kemasan yang sempurna tanpa cela dengan perlindungan SPF 30, pada harga RM58.90.


Pemerah Pipi “Red Collection” pula dapat menyerlahkan pipi dengan anti-penuaan matte berwarna lembut, diformulasi dengan Ekstrak Ginseng Merah Korea yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi untuk menyegarkan semula kulit. Sedikit sapuan pada tulang pipi sudah cukup untuk menaikkan seri wajah dengan ciri-cirinya yang tahan lama, memberikan kemasan matte lembut dengan perlindungan SPF 30, pada harga RM45.90.








Akhir sekali, Krim Bibir Matte “Red Collection” pula merupakan krim bibir matte anti-penuaan berpigmen tinggi yang mudah disapu untuk menghasilkan kemasan matte yang sempurna. Ia diperkaya dengan ekstrak Ginseng Merah Korea yang dapat melembapkan bibir untuk keselesaan pemakai dalam jangka masa panjang, pada harga RM42.90.


Para pelanggan boleh membeli-belah pada bila-bila masa melalui Aplikasi Mudah Alih Watsons dan dari laman web Watsons di www.watsons.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Watsons Malaysia di Facebook dan Instagram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2019 07:48 AM | Show all posts
aku rasa yg akan beli ni geng sitizoner je
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Xnk.. Baik beli brand lain yg lebih high end, sama je mahal
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
siti dah makin kurus ye. Ni boleh percaya sebab camera orang lain hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan mahal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.052328 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list