![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/06/120645rsi0falsojqj5o4o.jpg) Kredit foto: IG Nora Danish
Baru malam pertama Ramadan, nampaknya persatuan makcik bawang tidak menunjukkan tanda untuk mengurangkan aktiviti mengupas bawang.
Berbondong-bondong netizen melayari Facebook hanya untuk menghentam Nora Danish kerana sekeping gambar menunaikan solat Tarawih pertama bersama keluarga yang dikongsi sebuah portal hiburan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/06/120645fvb7wvi1ni31727i.jpg) Kredit foto: IG Nora Danish
Netizen menyifatkan ia sebagai fenomena 'Done' di mana ramai pengguna laman sosial cenderung memuat naik segala aktiviti di bulan Ramadan.
Gambar itu pada asalnya dimuat naik Nora di laman Instagramnya dipercayai bertujuan untuk mempromosikan jenama telekung yang disarungkannya.
Namun, tetap orang ramai tidak berpuas hati dan menyifatkan Nora sebagai riak serta tidak menghormati suami kerana menayangkan kecantikan untuk tatapan umum.
Bagaimanapun, ramai juga netizen kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak mengurangkan aktiviti membawang di bulan puasa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/06/120822pfwh4ffzf0nh9u6y.png) Kredit foto: FB Rotikaya
Malam pertama Ramadan dah mendengki dan penuh dengan aura negatif. Macam mana dengan baki hari seterusnya? - CARI
|