Pelakon Jennifer Garner memberi amaran kepada bekas suaminya, Ben Affleck untuk mendapatkan rawatan ketagihan jika ingin berjumpa dengan anak-anak mereka.
Jennifer Garner Gesa Ben Affleck ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak
Kredit Foto: YourTango
Sumber RadarOnline memberitahu, Jennifer amat marah dengan tabiat buruk Ben Affleck yang masih ketagih minuman keras. Jiran Ben Affleck juga melaporkan mendengar satu perbalahan hangat di rumah Ben Affleck pada 10 Ogos.
Jennifer yang membuat lawatan mengejut ke rumah bekas suaminya itu terkejut dengan longgokan botol arak di sekitar rumah dan tidak mahu anak-anaknya menghabiskan masa di rumah Ben Affleck dalam keadaan itu.
Jennifer Garner Gesa Ben Affleck ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak
Kredit Foto: Daily Mail
Hasilnya, pada 11 Ogos, Ben Affleck dilihat memasuki semula pusat rawatan ketagihan Buddha di Refuge Recovery, Los Angeles.
Sebelumnya, mereka berdua diberikan amaran oleh Mahkamah Los Angeles kerana tidak bersungguh-sungguh melengkapkan dokumen perceraian mereka.
Jennifer Garner Gesa Ben Affleck ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak
Kredit Foto: Daily Mail
Jennifer sering membuat lawatan mengejut ke rumah Affleck sebelum menghantar anak-anak mereka, Violet, 12, Seraphina, 10, dan Samuel, 6, untuk jagaan sementara hujung minggu seperti yang diarahkan mahkamah.
Terkejut dengan amaran Jennifer, Ben Affleck berjanji akan mendapatkan rawatan ketagihan di pusat yang sama pernah merawatnya pada tahun 2001.
Jennifer Garner Gesa Ben Affleck ke Rehab Jika Mahu Jumpa Anak
Kredit Foto: Hollywood Life
Harapan kita agar Ben Affleck akan mengotakan janjinya untuk benar-benar pulih daripada ketagihan kali ini. - CARI |