View: 9621|Reply: 33
|
'Mengapa Hanya 10% Untuk Non-Bumi' - Guru Melayu Bidas Kuota Kaum Kemasukan Matr
[Copy link]
|
|
Seorang guru dari SMK Ibrahim, Kedah mengkritik keputusan Kementerian Pendidikan yang membuat keputusan untuk mengekalkan kuota kaum dalam program matrikulasi.
Dalam sebuah posting di Facebook yang kini sudah dipadamkan, guru itu memberikan respon kepada keputusan kementerian untuk mengekalkan sistem kuota dalam kemasukan ke program matrikulasi pra-universiti.
Kredit foto: Facebook
Menurut kuota itu, 90% kemasukan dikhaskan untuk Bumiputera manakala bakinya 10% untuk bukan Bumiputera. Pengumuman itu dbuat oleh Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pada 14 April lalu, lapor New Straits Times.
Guru wanita itu berkata kuota berasaskan kaum tidak adil kerana pusat-pusat matrikulasi dibiayai oleh pembayar cukai.
Kredit foto: Carian Google
'Saya sudah mengatakan benda ini dari dulu lagi, kuota 10% bukan Bumputera di 15 pusat matrikulasi seluruh negara tidak adil kerana pusat matrikulasi dibiayai pembayar cukai' katanya.
Guru Biologi itu turut menceritakan pengalamannya berbual dengan pelajar bukan Melayu yang mempunyai keputusan cemerlang dalam SPM tetapi tidak mendapat tempat kerana kuota 10% tersebut.
Kredit foto: Malaysiakini
'Sebagai guru Biologi, saya selalu menggalakkan pelajar yang berpotensi untuk mengambil bidang perubatan, pergigian dan farmasi tetapi sangat sedih kerana ramai anak murid yang cemerlang gagal memasuki matrikulasi,' tulisnya lagi.
'Adakah kita orang Melayu sahaja yang membayar cukai? Sebagai guru, kami berusaha lebih dari mengajar, kami juga memberikan motivasi, tetapi akhirnya mereka yang cemerlang tidak mendapat apa-apa, sedangkan yang hanya mendapat 3A pula mendapat tempat, di mana keadilan,' katanya meluahkan kekecewaan.
Kredit foto: Facebook
Luahan guru tersebut disambut dengan positif oleh netizen terutamanya golongan bukan Bumiputera yang menyanjung kenyataan guru tersebut. ' I salute you, teacher'kata salah seorang daripadanya.
'Pelajar cemerlang perlu diberi peluang, terutamanya yang datang dari keluarga tidak berkemampuan kerana mereka tidak mampu belajar di kolej swasta' kata mereka lagi.
Kredit foto: Facebook
Mungkinkah sudah sampai masanya kuota kaum dimansuhkan dalam kemasukan ke matrikulasi seperti Institut Pengajian Tinggi Awam? Apa pendapat anda? -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
manakala ada pula guru2 yang bukan Melayu rasis terhadap anak murid depa yang berbangsa Melayu.....wakakakakakkakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
yang sembang dalam komen tu semua wayang.....even sekolah multiracial pun masih ramai tak reti nak bergaul dengan bangsa lain.....masuk alam pekerjaan...main internet dok menyamaq konon2 Melayu lepaih tu kutuk bangsa lain dan jugak agama orang len....nak saya bagi contoh ka kat sini? wakakakakakkkkakakakakkakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Kire bersyukur la.. kao dlu koata non bumi langsung xde. Dh bg 10% ko nak lg... Baik xyah bg dr dlu. Walaupun diorg byr cukai tp kne ingat diorg tu sume ade lah penumpang di negara kita seperti mereka menumpang di negara australia. Sepatutnya diorg xde hak atas negara kita. Jika rase xsuka malaysia dh bole angkut harta kekayaan diorg ke luar la. Lg satu nak bgtau. Dalam menjaga keamanan negara malaysia ni mane bangsa diorg ni? Asyik hrp kan melayu n india je. Diorg tu asyik nk pulin business je kan. So kalo negara xaman diorg pun xleh nk berniaga. |
|
|
|
|
|
|
|
nobody sane will put much hope to get into matric, it’s just a luck of the draw like lottery, no kena is normal, kena then is lucky |
|
|
|
|
|
|
|
Sedarlah india semua. Kalau bukan kerana kuota 10% , kaum korang cuma 5 peratus saja di matrikulasi |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada baca posting cikgi ni.
kuota tu ikut pecahan kaum.
kalau bumi ramai of course la peratusan lagi tinggi.
apa saja perbelanjaan dalam negara memang guna duit pembayar cukai tak kira la cukai sykt atau individu.
habis cikgi ingat kami yang bayar cukai ni nak tengok saja?
anak golongan M40 dgn T20 pun dah kena diskriminasi lagi cikgi nak komen banyak2.
cikgi lain la anak cikgi sedap2 masuk belajar ikut kuota lain.
anak kami ni sampai kena cari ipts gara2 certot B40. |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu ni kena blaja subjek sejarah balik
baru dia sedar brape penting nye perlu dijaga hak keisteimewaan org melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendidikan perlu lebih terbuka ikut merit.... |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 29-4-2019 03:56 PM
cikgu ni kena blaja subjek sejarah balik
baru dia sedar brape penting nye perlu dijaga hak keiste ...
Dia tu pun klu tak guna quota bumi....tak dpt jd cikgu.....dah jd cikgu, kutuk pulak system quota.....
Wushu wushu cikgu...wushu wushu maszlee.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi pelajar yg cemerlang, ikut merit and bukan quota. Selesai semua perbalahan or kurang adil. |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu bodoh
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah kebangsaan xde kuota tak gigih plak nak masok |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semua benda nak kaitan duit pembayar cukai memang apa pun tak bolehlah jawabnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu jg bangsa lain sementara bangsa lain jaga bangsa sendiri
Melayu tu mmg bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Mana nak ada doktor melayu lagi dah pasni...pastu esok cikgu dah tua2 esok gi hospital gomen kena cakap mandarin, dah sume doktor dari certain race.
Ade ke org melayu yg nak jadi doktor kalau dia x dapat biasiswa / laluan mudah? Boleh bilang kot..org melayu kalau susah sikit, diorang pun x nak...sbb diorang nak mudah je...so kalau matrikulasi tu pun dah open, melayu yg x dpt masuk matrikluasi tu nak ke pursue ambition jd doktor??? Dia maybe tukar bidang sbb tak mau pening kepala...
Jadi seribu tahun pun belum tentu kita dapat lahirkan lebih ramai profesional bumiputera setimpal dengan peratusan kaum.
Kenapa org yg berada masih nak hog matrikulasi sedangkan mereka mampu attend private college? Tak malu ke menyemak nak dapatkan subsidi pendidikan juga..you pay tax, ya but that does not mean you are entitled to everything that meant for impoverished, less privilege people... |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu ni mmg seperti yg dikatakan dlm cina "有教无类”, maknanya memberi pengajaran tanpa bezakan latar belakang pelajar, mmg guru yg patut dicontohi ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Melorqe replied at 29-4-2019 02:50 PM
aku ada baca posting cikgi ni.
kuota tu ikut pecahan kaum.
kalau bumi ramai of course la peratusan ...
Sampai 90%? U tahu tak peratusan bangsa ikut kaum?
Kiralah melayu rampas hak non bumi la |
|
|
|
|
|
|
|
Bila sembang bab ni, tiba2 semua ketuanan pondan terus menonjolkan sifat kepondanan mereka yg takut bersaing |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x paham knp tiba2 isu kuota matriks ni timbul ek. Setahu aku, utk student bumiputera, matrik ni mcm pilihan terakhir lepasan spm. Tahun lepas aku daftar anak masuk matrik, masa taklimat parents, jenuh pengetua tu dok gebang kata matrik ni bagus, sijil diiktiraf bagai. Sbb drpd 25k tempat yg disediakan/di offer, students yg daftar tak sampai 20k pun. Tp aku x tau la yg x daftar tu brp percent bumi and non bumi.
Btw, komen cikgu ni pasal peluang, aku rasa ramai je lepasan spm sambung form 6. KPM mmg offer pd semua yg lulus spm kot. Anak jiran aku spm cemerlang, tp dia nak sambung form 6. And sah2 stpm dia cemerlang jugak. Now smbung buat law degree. So pd aku budak ni ambik peluang yg dia ada sebaik2nya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|