![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/27/101923tv8ztedlbtbcdzpa.png) Kredit foto: IG Zain Saidin
Eh, dengar cerita Zain Saidin nak buat comeback dalam industri hiburan, betulkah?
Menurut GEMPAK yang memetik laporan H Live, suami kepada pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan itu masih dalam perancangan untuk kembali dalam dunia seni.
Katanya, dia mahu melakukan sesuatu yang baru untuk peminatnya. Baru macam mana tu Zain?
Dalam temu bualnya itu, Zain mendedahkan dia masih ingin berlakon cuma tidak banyak menerima tawaran berlakon seperti dahulu.
Zain bagaimanapun enggan memberi komen lanjut berhubung kemunculan kembali dalam indudtri buat masa ini.
"Apa yang boleh saya katakan, ia mempunyai kaitan dengan muzik," ujarnya.
Eh, Zain nak menyanyi pula ke? Bagaimana dengan vokalnya? Kalau dulu Che Ta mengkritik suara seorang pereka fesyen yang terjun bidang nyanyian seperti tercekik sudu, apa pula komennya berhubung isu comeback suaminya ini? Itupun kalau Zain menyanyi jugalah. - CARI
|