CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1516|Reply: 2

[Dunia] Wanita Ini ‘Gatal’ Buat Pembedahan Plastik Hingga Wajahnya Melepuh!

[Copy link]
Post time 26-4-2019 07:20 PM | Show all posts |Read mode



Wanita mana yang tidak obses untuk kelihatan cantik? Malah kini lelaki pun sudah ramai yang sudah pandai menjaga wajah untuk tampil yakin dan menarik.
Namun percaturan wanita ini tidak menjadi selepas pembedahan plastik yang dibuatnya gagal. Wanita berusia 50 tahun itu tidak menyedari kulitnya terbakar dari dalam selepas menjalani pembedahan di Taipei, Taiwan.
Menerusi sebuah laporan wanita itu dipercayai menjalani rawatan Thermage, iaitu satu prosedur yang menggunakan tenaga radio frekuensi untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit.
Wajah asal milik wanita ini.
Bagaimanapun setelah pulang ke rumah, wanita ini mula rasa sakit pada wajahnya dan dalam masa singkat timbul kesan melepuh.

Dia kemudiannya terus ke hospital dan ditahan di unit rawatan rapi selama tiga minggu.
Doktor yang merawatnya dan juga pengendali Klinik Dermatologi dan Astetik Shang-Li di Taiwan, Dr. Lin Shang-Li wanita itu datang ke kliniknya selepas mengalami trauma tersebut.
Keadaan wajahnya selepas rawatan tersebut.
Tambahnya lagi, keadaan wanita itu adalah disebabkan oleh rawatan yang dilakukannya. “Jika pesakit dibawah anestesia semasa prosedur, dia tidak dapat memberi respons kepada pakar bedah dengan segera. Malah dia juga tidak dapat rasai sama ada sakit atau pun tidak,” kata Dr. Lin Shang-Li.
Kesan melepuh di seluruh wajah.
Mengikut keadaan wanita itu, wajahnya melecur akibat terlebih rawatan. Mujurlah Dr. Lin dia dapat membantu merawat wajah wanita itu yang kini dipenuhi parut hitam akibat luka melecur tersebut.
Bagaimanapun untuk melakukan pembedahan membaik pulih itu wanita itu terpaksa menunggu sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan lagi.
Sumber: Metro UK


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua kedut tu terima ajelaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik ni dah tua2 pun feeling lagi nak buat plastic surgery. Kan dah mendapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056436 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list