|
Seorang wanita tergamak membiarkan anak, bekas suami dan kekasihnya merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Daily Mail melaporkan, Tina Tregre, 46, hanya memerhatikan saja apabila Farrel Tregre, 19, teman lelaki, Tilman Carolise, 53, dan bekas suami serta bapa Farrel, Harrington Matherne, 66, menodai mangsa.
Harrington Matherne, 66 (kiri), Tilman Carolise, 53 (tengah), dan Farrel Tregre
Difahamkan, mangsa diseksa beberapa tahun apabila dia selalu dipukul dan dirogol hingga mengalami gangguan jiwa dan dimasukkan ke hospital mental di Mississippi.
Penderaan terhadapnya terbongkar apabila dia mula membuka mulut dan menceritakan hal sebenar, membawa kepada penangkapan lima individu itu. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia empat tahun iaitu antara 2009 dan 2017.
Jurucakap Sheriff Jefferson Parish, Capt. Jason Rivarde berkata, mangsa mengadu dia dirogol berkali-kali, dibelasah dan dibiarkan kelaparan oleh ketiga-tiga lelaki terbabit, manakala Tina dan adik perempuannya, Terri Tregre, 40, hanya memerhati dan bertindak sebagai 'penjaga' yang mengawal pintu bilik ketika perbuatan jijik itu dilakukan di sebuah rumah di Harvey, Louisiana selain sering dipukul kedua-dua wanita berkenaan.
Tina Tregre (kiri), Terri (kanan)
Kredit foto: Daily Mail
Menurut Rivarde, Carolise yang juga saudara mangsa mengugut akan menembaknya sekiranya dia membuka mulut mengenai perkara itu.
Selain merogol dan memukul mangsa, Carolise juga sering membiarkannya kelaparan serta memaksa kanak-kanak itu tidur di dalam rumah anjing peliharan mereka.
Lebih malang, mangsa mendakwa sering dirogol ketiga-tiga lelaki itu pada hari sama dan adik lelakinya pernah dipukul dengan kayu pemukul besbol. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|