Tiada seorang pun wanita yang mahu bergelar janda lebih-lebih lagi pada usia yang muda. Pelbagai dugaan dan pandangan serong daripada orang sekeliling kadangkala boleh membuatkan wanita berstatus janda berada dalam keadaan tertekan.
Menyedari hakikat dan juga sebagai menjawab soalan-soalan yang seringkali dilontarkan kepadanya, bekas isteri kepada personaliti TV3 Ally Iskandar iaitu Farah Lee berkongsi cara untuk menghadapi tekanan daripada orang sekeliling kepada wanita yang senasib dengannya.
Macam mana menghadapi mulut-mulut 'puaka'..
Kredit foto : Ig Farah Lee
Menurut Farah, dia tidaklah setabah yang disangka, kerana kadangkala bila hilang sabar dia akan membalas kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya tetapi secara berhemah.
Sayang diri sendiri dan jangan terlalu ambil kisah tentang kata-kata orang lain. Happy dan enjoy dengan kehidupan yang ada.
Kredit foto : Ig Farah Lee
"Apa yang hina sangat menjadi janda?," tanya Farah sambil menasihatkan orang ramai untuk berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain.
Kredit foto : Ig Farah Lee
Jaga hubungan dengan Allah, sayangi dan hormati diri sendiri.
Kredit foto : Ig Farah Lee
Dalam pada itu ramai yang bersetuju dengan pendapat Farah dan memuji sikap Farah yang positif..
Kredit foto : Ig Farah Lee
Ada betul juga apa yang dikata oleh Farah tu. Jangan pedulikan kata-kata orang yang penting sentiasa jaga maruah diri dan tidak buat perkara yang salah. Dalam masa yang sama, masyarakat janganlah terlalu suka menghukum wanita yang bergelar janda. Bukan semua janda tu jahat, tau! -CARI |