Zahirah Macwilson dah bawa Aiman Hakim pergi jumpa ibunya di Perth, Australia.
Nampak gaya macam dah tak lama lagi nak naik pelamin.
Foto: IG
Tapi katanya pertemuan Aiman dengan ibunya, Maslinda Yusoff adalah sekadar untuk mengenali antara satu sama lain.
"Tiada apa-apa yang dibincangkan sebaliknya sekadar berkenalan. Belum ada apa-apa perkhabaran untuk bertunang,??? katanya kepada Harian Metro.
Menurut aktres jelita ini Aiman langsung tak kekok bertemu dengan ibunya.
Di Instagram ibu Zahirah sendiri teruja berjumpa dengan Aiman.
"Tiga hari meluangkan masa bersama, saya nampak kebahagiaan kalian berdua. Allah menciptakan hamba-Nya berpasang-pasangan dan kalian saling melengkapi.
"Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberkati kalian dengan ketabahan dalam menghadapi sebarang kemungkinan,"tulisnya.
Semoga semuanya dipermudahkanlah hendaknya.
Daripada berkepit ke hulu ke hilir tanpa ikatan, cepat-cepatlah nikah tak gitu? -CARI
|