|
Seorang wanita ditahan selepas dia dilaporkan menikam alat kelamin pasangannya ketika bertengkar di sebuah apartmen di Toronto, Kanada, jam 9:10 pagi pada Ahad, lapor Mirror.
Difahamkan, lelaki itu dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius, namun keadaannya kini dilaporkan stabil.
Menurut saksi kejadian, Lydia Ijan yang tinggal di tingkat tujuh bangunan berkenaan, dia melihat seorang lelaki dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah berjalan sambil meminta bantuan.
Lydia berkata, dia juga melihat polis membawa sebilah pisau keluar dari lokasi kejadian.
Menurut laporan, wanita tempatan bernama Deidre Martin, 42, ditahan selepas disyaki melakukan serangan itu.
Pasukan penyiasat mendakwa wanita terbabit dipercayai memegang pisau ketika mereka bertengkar sebelum menikam pasangannya.
Deidre didakwa melakukan cubaan membunuh, melakukan keganasan, menyerang dengan senjata dan memiliki senjata berbahaya di kawasan awam.
Beberapa saksi mendakwa wanita berkenaan kemudian terjun dari tingkat tujuh bangunan itu, namun belum ada pengesahan daripada pihak polis yang masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.
Bagaimanapun, Konstabel David Hopkinson memberitahu media tempatan bahawa pihaknya percaya suspek yang ditemui di lokasi kejadian mengalami kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi.
Foto: Global News/Mirror
Dia bagaimanapun menafikan laporan media yang mengatakan alat kelamin mangsa terputus. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|