Rumah adalah sesuatu keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Tidak kiralah sama ada harus menyewa sehingalah membina mahligai indah seperti istana ia bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Baiklah untuk kali ini, apa kata kita intai rumah paling mahal di seluruh dunia. Sunggu beruntung iya orang-orang bertuah yang memiliki rumah-rumah ini.
18-19 Kensington Palace Gardens
Terletak di jalan di Kensington, London yang dipanggil Billionaires Row, rumah ini merupakan salah satu daripada banyak rumah mahal yang terletak di jalan yang sama.
Kredit Foto:Google
Bilik tidur: 12
Lokasi: Kensington, London
Nilai: $ 222 juta
Pemilik: Lakshmi Mittal-ketua Arcelor Mittal, pengeluar keluli terbesar di dunia.
Four Fairfield Pond
New York terkenal dengan rumah mahalnya kerana ruang terhad, populariti bandar, dan pelbagai faktor lain. Rumah ini dibina di atas tanah berlebar 36 hektar dengan kawasan rumaha yang penuh kehijauan dan berhampiran dengan lautan. Indah bukan?
Kredit Foto:Google
Bilik tidur: 39
Lokasi: Sagaponack, New York
Nilai: $ 248.5 juta
Pemilik: Dimiliki oleh Ira Rennert yang juga pemilik sebuah syarikat Renco Group, iaitu bidang pembuatan peleburan dan juga mobil yang sangat besar.
Sky Penthouse At Odeon Tower
Ini adalah penthouse pencakar langit dengan 49 tingkat di Monaco, yang dinamakan sebagai Tour Odéon. Di ketinggian 557 kaki (170 m), ia adalah bangunan kedua tertinggi di pantai Mediterranean Eropah.
Pembinaan penthouse dikatakan dibina untuk menjadi pembaharuan penting kepada pembangunan ekonomi untuk negara kedua terkecil di dunia ini.
Kredit Foto:Google
Lokasi: La Rousse/Saint Roman, Monaco
Nilai : $335 million
Pemilik: SCI Odeon, anak syarikat Groupe Marzocco
Villa Leopolda
Vila Perancis yang indah ini dimiliki oleh Lily Safra yang mendudukinya hanya selepas suaminya meninggal dunia. Ia terkenal setelah pembikinan filem klasik pada tahun 1955, iaitu "To Catch a Thief " yang diarahkan oleh Alfred Hitchcock.
Bilik tidur: 14
Lokasi: Cote D'Azure, Perancis
Nilai: $ 750 juta
Pemilik: Dimiliki oleh dermawan Brazillian, Lily Safra.
Antilia
Antilia adalah kediaman persendirian milik lelaki terkaya di India, iaitu Mukesh Ambani yang memerlukan 600 kakitangan untuk mengendalikannya. Rumah pencakar langit ini mempunyai keluasan sebanyak 400,000 kaki persegi denganga ketinggian 173 meter iaitu sebanyak 27 tingkat.
Ia dilengkapi dengan 3 pad helikopter, dan hanya dihuni oleh Mukesh Ambani dan isteri, bersama 3 orang anak mereka.
Kredit Foto:Google
Bilik : 27 stories
Lokasi: Mumbai, India
Nilai: $ 2-3 bilion
Pemilik: Dimiliki oleh Mukesh Ambani, yang memiliki Reliance Industries - syarikat gergasi minyak dan gas.
Bahagianya rasa kalau dapat tinggal di salah satu buah rumah tu, bukan?
Jika anda diberi pilihan rumah mana pilihan anda? -CARI |