CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5727|Reply: 11

Jelajah Phnom Penh, Kota Yang Menyimpan Sejuta Sejarah Hitam Negara Kemboja

[Copy link]
Post time 22-4-2019 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Wajah pemandu pelancong yang memberikan penerangan tiba-tiba berubah menjadi muram dan sugul apabila kami memasuki sebuah ruangan di Tuol Sleng Genocide Museum. 'This is where some of my families were murdered' katanya menahan tangisan.


Muzium Tuol Sleng adalah antara beberapa bangunan lama yang menyimpan sejarah kekejaman pemerintahan Parti Komunis Kemboja atau rejim Khmer Rouge di bawah pemerintahan pemimpinnya, Pol Pot.





Kredit foto: Carian Google





Dalam tempoh pemerintahan dari 1975 hingga 1975, rejim Pol Pot membunuh hampir dua juta rakyat Kemboja dengan kejam kerana disyaki menentang cita-citanya untuk menjadikan negara itu sebuah negara komunis berasaskan agraria dan menolak pasaran bebas dan kapitalisme.





Kredit Foto: Carian Google





Kini, kota Phnom Penh menyimpan sejuta kenangan hitam pemerintahan Pol Pot dan jika anda seorang yang meminati bandar bersejarah, ini cadangan beberapa tempat yang boleh anda kunjungi;




1. Tuol Sleng Genocide Museum (S21-Prison)


Muzium Tuol Sleng asalnya sebuah sekolah menengah yang dijadikan salah sebuah daripada puluhan penjara ketika pemerintahan Pol Pot dan dinamakan Security Prison 21 (S-21).


Selepas kejatuhan rejim komunis itu, penjara ini dijadikan Muzium yang menyimpan banyak khazanah bersejarah. Dianggarkan sekitar 20,000 orang pernah dipenjarakan dan diseksa di sini.





Kredit foto: Carian Google





Kredit foto: Carian Google





Kredit foto: Carian Google




Kredit foto: Carian Google






2. Choeung Ek Genocidal Centre (The Killing Fields)


Mana-mana banduan yang didapati mengancam pemerintahan Pol Pot akan dibunuh di beberapa kawasan perkuburan beramai-ramai dinamakan Killing Fields. Tapak pembunuhan di Choeung Ek yang terletak 17 kilometer dari S-21 ini adalah The Killing Fields yang terbesar di negara itu, di mana rejim Khemer Rouge dikatakan menyeksa dan memenggal lebih sejuta  banduan pada 1975-1979.


Kini, tapak ini menjadi pusat peringatan yang menyimpan tulang-tulang dan tengkorak mangsa.





Kredit foto: Carian Google





Kredit foto: Carian Google







3. Wat Phnom

Wat Phnom atau Mountain Pagoda adalah sebuah kuil Buddha yang terletak di pusat bandar Phnom Penh. Dibina pada 1372, kuil ini mempunyai ketinggian 27 meter dari paras tanah dan menjadi symbol keagamaan paling tinggi di kota ini.





Kredit foto: Carian Google







4. Royal Palace dan Silver Pagoda


Royal Palace dan Siver Pagoda terletak di kompleks bangunan di mana Keluarga Diraja bersemayam. Istana ini telah didiami pemerintah Diraja sejak tahun 1860, tetapi pernah ditinggalkan sementara ketika pemerintahan rejim Pol Pot.


Kini, kompleks bangunan diraja ini boleh dilawati pelancong pada masa-masa tertentu. Pastikan anda mengenakan pakaian bersesuaian.





Kredit foto: Carian Google







5. Senja Di Sungai Mekong

Seperti di Vietnam dan Laos, kota Phnom Penh juga direntasi oleh Sungai Mekong dan jika anda menggemari pemandangan di waktu senja, banyak bot dan perahu boleh disewa untuk menyelusuri sepanjang sungai. Anda pasti terpesona dengan pemandangan indah kota Phnom Penh.





Kredit foto: Carian Google







6. Independence Monument

Monumen kemerdekaan dengan bentuk gabungan stupa dan lotus direka oleh arkitek tempatan ini dibina pada 1958 untuk memperingati hari kemerdekaan Kemboja daripada pendudukan Perancis.


Ianya terletak di antara dua jalan paling sibuk, Norodom Boulevard dan Sihanouk Boulevard di tengah kota raya. Monumen ini mempunyai ketinggian 37 meter dan tempat wajib untuk merakam gambar kenangan.





Kredit foto: Shutterstock







7. Central Market

Disebut juga sebagai Phsar Thmey yang bermaksud New Market menjadi pusat membeli-belah cenderamata dan peringatan. Ia dibina dengan reka bentuk menarik ala Perancis.


Antara barangan yang dijual di sini termasuklah kemeja T, perhiasan, batu permata, bunga, kasut, rempah ratus, makanan kering dan sayuran. Di sini anda boleh tawar-menawar walaupun ada penjualnya yang mudah melenting.


Penulis pernah dimaki oleh seorang penjual yang tidak berpuas hati kerana tidak jadi membeli barang jualannya.





Kredit foto: Carian Google





Kredit foto: Carian Google





Rasanya, tidak lengkap jika hanya mengunjungi Siem Reap untuk melihat sejarah kuno Kemboja. Jadi, pastikan anda singgah ke Phnom Penh juga untuk mempelajari sedikit sebanyak sejarah pahit negara itu ketika berada di bawah pemerintahan komunis. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2019 01:44 PM | Show all posts
Trauma sekejap melawat Phnom Penh ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pergi siam reap je, x sempat nk ke phnom penh.. tapi kt siam reap pon ade tunjuk kejahatan polpot ni.. dibunuh sume cerdik pandai sampai terus jatuh mundur negara dorg.. padahal asalkan negara amat terkehadapan dari segi kebudayaan dan pembinaan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 03:10 PM | Show all posts
Tak sanggup nak pergi ke tempat yang memaparkan kejahatan manusia atas manusia lain macam tempat ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2019 04:08 PM | Show all posts
kota air mata.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2019 09:43 AM | Show all posts
Pernah baca pasal jenayah pembunuhan etnik ni. Dalam tempoh hampir empat tahun dari 1975 hingga 1979 pemerintahan rejim ini, lebih dua juta rakyat Kemboja mati kebuluran, diseksa dan dibunuh, manakala ramai lagi yang terselamat mengalami kecacatan fizikal dan mental.

Tentera Khmer Rouge membunuh artis, guru, peguam, doktor, wartawan, ahli agama atau sesiapa saja yang dianggap sebagai 'intelek,' atau sesiapa saja yang mempamerkan bangsa, agama atau kedudukan mereka. Gila!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dengar pasal Polpot masa belajar sejarah dulu.. sangat sedih
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 04:26 PM | Show all posts
Tak tahan melawat Genocide Museum. Sedih, takut semua ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik pemandangan tempat itu tapi penuh dengan sejarah yang menyedihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 09:44 AM | Show all posts
mmg sedih ... tp lebih banyak takut ...
sbb cebisan2 baju yg di bakar masih ada.. tulang2 masih ada...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 05:31 PM | Show all posts
cantik & bersejarah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak suka ke cambodia mahupun vietnam. Rasa depressing. Lain orang, lain citarasa tapi saya tak boleh nak melawat genocide musuem dan sewaktu dengannya. Kenapa nak tengok tempat orang kena siksa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049896 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list