Dek kerana tularnya video anggota kumpulan Blackpink yang tidak mahu memegang telefon bimbit iPhone kerana menjadi duta Samsung di sebuah konsert, peminat mula mempersoalkan kesetiaan artis Malaysia sebagai duta. Antara yang disebut-sebut ialah Neelofa dan Janna Nick, masing-masing dikenali sebagai duta telefon bimbit jenama Oppo dan Vivo.
Ini kerana kedua-duanya dikatakan sentiasa menggunakan jenama iPhone untuk mengemaskini status di media sosial. Timbul persoalan mengapa mereka tidak setia kepada jenama produk tersebut? Adakah kerana tidak tercatit dalam kontrak atau pun mereka memang tiada integriti?
Menurut netizen, ia sangat berbeza dengan kredibiliti artis Korea yang sangat menggalas tanggung jawab sebagai duta hingga langsung tidak menyentuh jenama pesaing dalam apa jua penampilan mereka. Antara yang hangat diperkatakan ialah aksi kumpulan Blackpink yang menolak ketika para peminatnya menghulurkan telefon supaya merakamkan aksi mereka.
Selain itu, netizen turut membandingkan dengan program realiti Running Man serta aksi artis Korea lain yang bertungkus lumus menyembunyikan jenama yang tidak berkaitan kerana tidak mahu memberi promosi percuma. Berbeza sangat dengan artis tempatan yang mudah menunjukkan apa jua jenama.
Kredit foto: Twitter
Justeru itu, ramai yang mengecam Neelofa dan Janna Nick kerana sikap 'berpaling tadah' itu.
Dalam masa sama, ada netizen yang memuji penampilan Dato Siti Nurhaliza yang sentiasa mengemaskini media sosial menggunakan telefon jenama Vivo yang dia juga sebagai duta.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, ada juga netizen yang menjelaskan ianya bergantung pada kontrak yang mereka tandatangani. Mungkin duta tetapi tidak secara menyeluruh hingga ke media sosial dan sebagainya. Tidak mungkin jenama telefon antarabangsa sengaja memejam mata dikala duta mereka menggunakan jenama pesaing dalam apa jua acara.
Jadi, apa pendapat anda? Mungkin ada kontrak yang kita tidak tahu tentang artis sebagai duta? - CARI
|