CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2169|Reply: 8

Jadi Bahasa Paling Sukar Di Dunia, Ini 5 Fakta Unik Bahasa Hungary

[Copy link]
Post time 19-4-2019 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NmeeraR at 19-4-2019 05:43 PM

Bahasa menjadi salah satu identiti sesebuah bangsa. Selain kebudayaan, bangsa, atau kebiasaan, bahasa juga menjadi pembeza antara sebuah negara dengan negara lain. Begitu juga dengan Hungary.



Kredit Foto:Google

Bagi anda yang tidak tahu, Hungary adalah sebuah negara di Eropah Timur. Meskipun terletak di Eropah, Hungary sangat berbeza dengan negara Eropah lain, termasuklah dalam penggunaan bahasa.


Dan menurut idntimes, inilah lima fakta unik mengenai bahasa Hungary yang mesti anda ketahui!




1. Salah satu bahasa yang paling susah di dunia
Kredit Foto:Google
Mempelajari bahasa asing bukanlah mudah terutamanya jika anda berminat untuk mempelajari bahasa Hungary. Bahasa Hungary menggunakan huruf Rom dalam penulisannya yang juga mempunyai 14 huruf vokal seperti á, é, í , ó, ö, ő, ú, ü, ű dan vokal yang biasa digunakan dalam banyak bahasa iaitu i, u, e, o.

Selain itu, terdapat banyak peraturan rumit dalam bahasa ini yang menyebabkan ia sukar untuk dipelajari.





2. Bukan Eropah, Hungary berasal dari benua Asia
Kredit Foto:Google
Walaupun berada di benua Eropah, Hungary tidak berasal dari tanah besar Eropah. Berbeza dari ebanyakan negara di benua biru, Hungary berasal dari benua Asia iaitu rantau Uralic. Di samping itu, bahasa ini juga dipengaruhi bahasa Jerman.

3. Merupakan salah satu bahasa yang jarang digunakan
Kredit Foto:Google
Hungary adalah sebuah negara kecil dengan penduduk sekitar 9.8 juta orang. Selain penduduk Hungary, ada beberapa negara jiran yang merupakan pecahan kerajaan Hungary dan masih setia menggunakan bahasa ini.

Penggunaan bahasa Hungary adalah jarang kerana hanya terdapat 13 juta orang yang menuturkannya dalam kehidupan seharian mereka disebabkan kesukaran mempelajari bahasa ini.



4. Mempunyai nama lain, iaitu Magyar



Kredit Foto:Google
Kita menyebutnya bahasa Hungary, tetapi di negara asalnya bahasa Hungary dipanggil sebagai Magyar. Selain bahasa, nama "Magyar" juga digunakan untuk menyebut orang-orang berkebangsaan Hungary.



5. Walaupun sudah tua, bahasa Hungary masih sangat asli
Kredit Foto:Google
Sama seperti bahasa lain di dunia, Hungary juga berubah dari tahun ke tahun sama ada dialek atau kata-kata. Perkara yang mengagumkan adalah, walaupun ada perubahan sekitar sekitar 68 peratus etimon (bentuk kata yg menjadi sumber penerbitan bentuk kata lain), kata-kata asalnya masih tidak berubah sejak ia mula dicipta. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 11:05 AM | Show all posts
Interesting

Ada persamaan tak dengan bahasa asing lain?

Contoh macam Malaysia dan indonesia sama tak serupa
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 11:53 AM | Show all posts
Menarik infonya.  Kalau dengar masa mereka bercakap agak bergulung2 bunyinya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 12:23 PM | Show all posts
mari belajar hungarian..





Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
whadda: mari belajar hungarian..  50YZuEDE8U8


Hogy vagy tu susah nak sebut.. Yg lain okay je tp kena ada ingatan yg kuat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 02:28 PM | Show all posts
teringat kisah di sebalik lagu ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik bandar Hugary ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 02:51 PM | Show all posts
lepas tengok video kat atas ni, iols rasa mandarin jauh lebih susah sebab ada 4 tone dan kalau salah sebut dah jadi maksud lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2019 11:08 AM | Show all posts
huruf vokal seperti á, é, í , ó, ö, ő, ú, ü, ű dan vokal yang biasa digunakan dalam banyak bahasa iaitu i, u, e, o.


dulu2 zmn semakpong x de lagi, aku suka sms guna  vokal2 mcm tu, nmpk cntik. xtau ape fungsi. rupanya bila dh dewasa baru tahu oooo ni vokal utk bahasa bagi negara tertentu hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.043700 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list