CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 0

[Jenayah] EDISI NEGERI TRANSIT KETUM #9 : Ketum 'urat merah' dirampas

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 08:10 AM | Show all posts |Read mode

LEBIH 100 kilogram (kg) daun ketum ‘urat merah’ berkualiti tinggi dan cuba dibawa dari Pendang, Kedah ke Pahang dirampas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, 11 malam tadi.

Dalam sekatan jalan raya itu, AADK menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki berusia 34 dan 35 tahun yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Penolong Pengarah (Kanan) Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK negeri, Ibrahim Muhamad Said berkata, sebaik ditahan pihaknya bertanya kepada suspek sama ada mereka ada membawa muatan di dalam but kereta dinaiki.

Katanya, suspek cuba menipu kononnya tidak membawa sebarang muatan di but kereta, namun pemeriksaan dilakukan menemui beberapa bungkusan hitam berisi daun ketum berkenaan.

“Sebaik disoal siasat, suspek mengaku mendapatkan daun ketum itu di sebuah kampung di Pendang, Kedah untuk dijual di Pahang.

“Semua daun itu baru sahaja dikutip petang tadi sebelum terus dibawa dengan kereta untuk dihantar ke Pahang bagi menjaga kualitinya,” katanya.

Difahamkan, daun ketum berurat merah boleh mencecah harga dua kali ganda berbanding daun ketum biasa.

Menurutnya, suspek mengaku sudah beberapa kali melakukan aktiviti itu sebelum dicekup pihak berkuasa.

“Hasil saringan air kencing suspek didapati positif morfin dan methamphetamine.

“Kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Kepala Batas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 1:51 AM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060857 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list