CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 0

[Tempatan] LYNAS : Laporan EIA Lynas wajar ditolak

[Copy link]
Post time 18-4-2019 07:40 AM | Show all posts |Read mode

KUANTAN: Kilang Lynas di Gebeng, di sini didakwa menyimpan kira-kira 1.13 juta tan metrik sisa buangan Neutralization Underflow Residue (NUF) sejak enam tahun beroperasi sehingga Disember tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung, berkata justeru Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) membabitkan kilang itu wajar ditolak.

Katanya, mengikut Peraturan 4: Pelupusan Buangan Terjadual dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, kuantiti bahan buangan terjadual yang dikumpulkan di tapak tidak boleh melebihi 20 tan metrik selama 180 hari atau kurang.

“Ini menunjukkan Lynas menyimpan sisa-sisa terjadual di tepi kilang dalam kuantiti yang amat besar dalam tempoh yang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyerahkan dokumen bantahan terhadap EIA kilang Lynas kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Zuldi di sini, hari ini.

Chean Chung berkata, Gebeng adalah kawasan perindustrian dan tidak sepatutnya dijadikan tapak pelupusan sisa.

“Laporan EIA ini tidak memenuhi kriteria yang diperlukan bagi memastikan kesejahteraan, kesihatan dan alam sekitar dijaga. Sebab itu laporan ini wajar ditolak,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata, pihaknya banyak menerima maklum balas dan cadangan berkaitan laporan EIA Lynas daripada orang perseorangan.

“Maklum balas ini bagi melihat sama ada laporan EIA yang dikeluarkan baru-baru ini boleh diterima atau perlu dibuat penambahbaikan. Siapa saja boleh memberikan maklum balas mengenai laporan EIA sehingga Jumaat ini,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/554084/laporan-eia-lynas-wajar-ditolak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.053752 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list