View: 1168|Reply: 2
|
[Jenayah]
EDISI JENAYAH KAKITANGAN AWAM #16 : Kemuka tuntutan palsu, pembantu operasi hosp
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penjawat awam kerana bersubahat dengan pembekal mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000 kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
Katanya, suspek wanita yang berusia 36 tahun itu bertugas sebagai Pembantu Operasi Gred N11 di HSA, ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di Pejabat SPRM Johor ketika hadir bagi membantu siasatan.
“Hasil siasatan mendapati suspek bersubahat dengan pemilik syarikat pembekal bagi mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000 bagi perkhidmatan menyediakan makan dan minum untuk beberapa program kursus yang dijalankan sepanjang 2018 di HSA, sedangkan perkhidmatan tidak dilaksanakan,” katanya.
Lima suspek iaitu empat lelaki dan seorang perempuan berusia lingkungan 30-an hingga 50-an yang juga pemilik syarikat pembekal makanan dan minuman sudah ditahan pada awal bulan lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/554214/kemuka-tuntutan-palsu-pembantu-operasi-hospital-ditahan-sprm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mcmne pembantu operasi boleh bekalkan itu ini? bukan buat kerja2 bekalan ni kerani ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Niat dihati nak cepat kaya....tapi dicekup jua akhirnya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|