CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 687|Reply: 0

[Tempatan] SESUNGGUHNYA AGAMA DISISI ALLAH ADALAH ISLAM #2 : 13 Orang Asli peluk Islam

[Copy link]
Post time 18-4-2019 06:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 18-4-2019 06:07 AM


GUA MUSANG 17 April - Seramai 13 Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Tohoi di sini berasa teruja apabila memeluk Islam dan pertama kali mengikuti kursus pengurusan jenazah di sini, semalam.

Mereka mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), Dr. Hasnan Ramli sempena program Kembara Ilmu ‘Aku Dihatimu’.

Bagi program kursus pengurusan jenazah diadakan di Surau Pos Tohoi di sini pula diketuai Penolong Pengarah Kanan Dakwah Ukhwah JAHEAIK, Mohd. Khairul Azmi Razali.


Seorang pemuda Orang Asli, Shariff Chali, 21, berkata, dia begitu gembira dan teruja kerana impian untuk memeluk Islam seperti penduduk lain tercapai.

Katanya, dia sudah lama berhasrat untuk memeluk agama Islam kerana menganggap agama itu lebih menjamin kehidupan dunia dan akhirat.

“Semua ahli keluarga dan rakan sudah lama berbuat demikian termasuk abang saya Penghulu Pos Tohoi, Zainal Chali.

“Jiwa saya bertambah tenang selepas mengucap dua kalimah syahadah. Saya juga didedahkan pula dengan cara pengurusan jenazah yang wajib diketahui penduduk beragaam Islam,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Angah Jabal, 29, pula mengakui dirinya tidak dipaksa mana-mana pihak termasuk ahli keluarga sendiri untuk memeluk agama Islam.

Katanya, keinginan itu lahir daripada hatinya sendiri selepas melihat ramai penduduk Orang Asli di sini mendalami agama Islam.

Bagi seorang wanita Orang Asli, Asbi Atam, 45, pula berkata, dia sudah lama memeluk Islam dan sudah empat kali mengikuti kursus pengurusan jenazah.

Katanya, dia tidak pernah jemu mengikuti kursus itu untuk menambah ilmu pengetahuan dan bersedia berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain. - UTUSAN ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.054052 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list