Hari ini, 17hb April 2019, negara jiran Indonesia akan mengadakan pilihanraya (atau Pemilu) untuk sekali lagi memilih pemimpin mereka selepas sepenggal berlalu di bawah pemerintahan Presiden Jokowi.
Kredit foto: Carian Google
Dianggarkan seramai 193 juta penduduk negara itu layak mengundi dalam pilihanraya kali ini. Selain daripada jumlah pengundi yang banyak, pilihanraya kali ini juga mencatat banyak sejarah.
Menurut laman Matamatapolitik, ini 6 fakta menarik mengenai pilihanraya kali ini yang perlu anda tahu;
1. Calon Presiden
Pilihanraya kali ini adalah pertandingan ulangan di antara Presiden Joko Widodo @ Jokowi dan Prabowo Subianto, seorang bekas pegawai tertinggi tentera yang terlibat dalam kes penculikan aktivis mahasiswa pada tragedi 1997 dan 1998.
Persaingan sengit pada tahun 2014 dimenangi oleh Jokowi yang ketika itu mempunyai imej pembaharuan, segar, bersih, tidak terikat dengan politik elit dan ketenteraan.
Bagaimanapun, imej Jokowi tercalar berikutan beberapa isu kempen tardahulu dan pemilihan ulama Islam yang kontroversi, Ma'ruf Amin sebagai timbalannya. Ramai membuat spekulasi bahawa ini adalah cubaan Jokowi menutup kritikan bahawa dia tidak Islamik. Prabowo pula memilih Timbalan Gabenor Jakarta, Sandiaga Uno sebagai timbalannya.
Kredit foto: Carian Google
2. Pilihan Raya Serentak 5 Tahap Pemerintahan
Sekiranya di Malaysia kita ada dua undi serentak untuk Parlimen dan DUN, di Indonesia pula pilihanraya kali ini adalah untuk memilih 5 tahap pemerintahan; Presiden dan Timbalan, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Dewan Perwakilan Daerah (DPD), Provinsi (DPRD) dan Kota.
Pengundi akan menerima 5 kertas undi berbeza mengikut warna.
Kredit foto: Carian Google
3. Antara Pilihan Raya Terbesar di Dunia
Dengan jumlah pengundi berdaftar 192.8 juta orang, pilihanraya ini dikatakan antara pilihanraya terbesar di dunia dengan jumlah 809,500 buah pusat mengundi di seluruh dunia.
Lebih 300,000 orang calon berkempen untuk merebut 20,528 buah kerusi di 34 buah Provinsi dan 500 buah kota. Proses pengundian akan dibuka seawall 7 pagi, dan jumlah undi akan dikira oleh pegawai pilihanraya bermula 1 tengahari disaksikan oleh wakil setiap calon.
Kerana jumlah pengundi yang ramai, keputusan rasmi kadangkala hanya diumumkan beberapa minggu kemudian tetapi pemenang dapat 'dibayangkan' pada hari pengiraan pertama.
Kredit foto: Carian Google
4. Kuota Calon Wanita
Pemerintah Indonesia telah mula mengenakan kuota calon wanita kepada semua parti politik yang bertanding sejak 1999. Pada pilihanraya lalu, kuota calon wanita ialah 18%, dan tahun ini parti yang tidak mencapai syarat jumlah 30% calon wanita tidak akan dibenarkan bertanding.
Bagaimanapun, berikutan 'trend pelik' di kalangan pengundi Indonesia untuk cenderung memilih calon nombor satu (teratas) dalam urutan nama tidak kira parti, ramai calon wanita ini gagal bersaing kerana mereka sering diletak di bahagian bawah puluhan nama calon. Pada pilihanraya tahun ini, hanya 19% daripada calon wanita itu diletak di posisi atas kertas undi.
Kredit foto: Carian Google
5. Pengundi Muda
Pengundi muda berusia 17-35 tahun mendominasi dengan 40% daripada jumlah keseluruhan. Ramai di antaranya mengundi buat kali pertama. Berikutan itu, kempen menampilkan media massa dan konsert rocak sangat popular di kalangan calon. Malahan, ada parti politik yang mengeluarkan pakaian jenama bertemakan slogan mereka sebagai usaha menarik golongan ini.
Kredit Foto: Carian Google
Walau diberi stereotaip sebagai golongan yang urban, berpendidikan dan mempunyai kepakaran media yang tinggi, kajian terkini mendapati masih ramai golongan muda Indonesia berfikiran konservatif.
Dalam satu kajian terhadap mahasiswa Universiti Islam Jakarta dan pelajar sekolah menengah pada tahun 2017, 33% daripada mereka berpendapat 'tidak ada masalah' bagi pemimpin Muslim untuk memberi tekanan kepada golongan minoriti. Bahkan 34% golongan muda Muslim ini percaya golongan bukan Islam 'halal untuk dibunuh'.
6. Kontoversi Dan Teknik Kotor Pilihan Raya
Indonesia adalah pengguna Facebook keempat tertinggi di dunia iaitu 130 juta dan juga pengguna utama Twitter, Instagram, WhatsApp, dan Line. Oleh itu kadar manipulasi politik melalu media sangat tinggi dan terdapat golongan yang dipanggil 'buzzer' boleh dibayar khidmat supaya topik mengenai seseorang calon trending di media.
Kredit Foto: Twitter
WhatsApp juga menjadi medan politik dan menyebarkan berita palsu sehinggakan awal tahun ini, WhatsApps mengumumkan satu nombor telefon hanya boleh menghantar maksimum 5 mesej sehari pada tahun untuk menyekat penyebaran informasi yang salah di Indonesia.
Kredit foto: Carian Google
Selamat mengundi diucapkan kepada semua rakyat Indonesia. -CARI
Incumbent Joko Widodo is leading challenger Prabowo Subianto in Indonesia’s presidential election, according to several unofficial quick counts. Here's a summary:
Widodo, known as Jokowi, leads 55.34% in SMRC quick count
Jokowi leads 56.7% in CSIS count
Jokowi leads 55.69% in Indo Barometer
Jokowi leads 56.36% in Poltracking Indonesia
Jokowi leads 55.37% in Kompas
Jokowi leads 55.97% in Indikator
Jokowi leads 56.44% in Poltracking
Liputan6.com, Jakarta - Hasil hitung cepat atau quick count Pilpres 2019 versi Saiful Mujani Research and Consulting (SMRC) menunjukkan pasangan Jokowi-Ma'ruf Amin unggul atas Prabowo Subianto-Sandiaga Uno di wilayah DKI Jakarta. Namun, Jokowi hanya menang tipis dari Prabowo.
Berdasarkan suara masuk 87,67 persen pada pukul 19.00 WIB, Jokowi-Ma'ruf meraih suara 50,59 persen. Sementara Prabowo-Sandi mendapat 49,41 persen.