Pelakon yang terkenal dengan drama Ariana Rose, Keith Foo mengejutkan peminatnya apabila membuat keputusan untuk membuang semua lukisan tatu yang berada di tubuhnya. Dengan kapsyen "It is a tranformative journey - growing up, spiritual awakening, giving up fixed ideas and open-mindedness", Keith menjelaskan yang perjalanannya baru bermula.
Berkongsi di laman Instagram, Keith menjalankan operasi tersebut di sebuah pusat estetik Petaling Jaya, Selangor.
Sesetengah orang buat tatu untuk seronok-seronok dan ada juga mempunyai maksud tersendiri. Namun kebanyakannya melukis tatu untuk seumur hidup.
"Saya melukis tatu pertama pada usia 18 tahun dan selepas 18 tahun, tatu tersebut saya buang. Saya tidak menyesal (sebenarnya saya suka). Ia mempunyai maksud tersendiri.
Kredit foto: IG
Keith juga meletakkan beberapa keping gambar di IG Storynya dan menjelaskan ianya adalah rawatan Pico Laser (teknik rawatan terbaharu dan tidak menyakitkan).
Keith juga tidak pernah menyembunyikan tatunya dan kerap memperlihatkan tubuh di laman sosial.
Kredit foto: IG
Keith berkahwin dengan Kim pada 2015 dan mempunyai cahayamata, Skylar Raymond yang kini berusia dua tahun. - CARI
|