CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2553|Reply: 17

Pengetua Cuba Rogol, Dah Kantoi Mangsa Pula Dibakar Sampai Mati

[Copy link]
Post time 17-4-2019 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Akibat enggan menarik balik dakwaan cubaan merogol terhadapa pengetua sekolahnya, seorang remaja perempuan mati dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan penyerang.


Nusrat Jahan Rafi, 18, meninggal dunia dengan keadaan 80 peratus tubuhnya melecur selepas lima hari dirawat di hospital.


Kredit foto: Daily Star


Dhaka Tribune melaporkan, mangsa disimbah minyak sebelum dibakar di atas bumbung sekolahnya di Dhaka, Bangladesh oleh sekumpulan penyerang yang berselubung akibat berkeras tidak mahu menarik balik dakwaan terhadap pengetua sekolah yang dikenali sebagai Sirajuddaula.


Kejadian tersebut telah mencetuskan kemarahan rakyat Bangladesh yang kemudiannya melakukan protes secara besar-besaran.


Perdana Menteri Sheikh Hasina mengarahkan Pusat Perubatan Kolej Perubatan Dhaka (DMCH) menerbangkan mangsa ke Singapura untuk rawatan.



Kredit foto: bdnews24.com



Namun, doktor di Hospital Besar Singapura dan DMCH mendapati keadaan mangsa yang kritikal menyebabkan dia tidak boleh dipindahkan.


Abang mangsa menberitahu, adiknya telah dipujuk empat individu untuk naik ke bumbung sekolah, kononnya seorang rakan mereka diserang.


“Mereka kemudian mendesak adik saya menarik dakwaan terhadap pengetua. Apabila dia enggan, seorang daripada mereka mencurah petrol pada badannya dan menyalakan api.


“Nusrat berlari turun dalam keadaan api membakar pakaian dan tubuhnya untuk mendapatkan bantuan. Pelajar lain yang melihatnya terus memadam api."


Daily Mail menyatakan,  Sirajuddaula ditahan dan dipenjara sejak akhir bulan lalu, selepas remaja berkenaan mendakwa lelaki itu cuba merogolnya dalam pejabatnya.


Dua pelajar lelaki sekolah berkenaan dikenali sebagai Nuruddin dan Shahadat mengaku membakar mangsa telah dihadapkan ke mahkamah majistret.


12 lagi, termasuk pemimpin masyarakat tempatan, Presiden Liga Awami Sonagazi yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sonagazi, Ruhul Amin dan seorang guru sekolah berkenaan yang terbabit kes itu sama ada secara langsung atau tidak langsung.


Shahadat suka rela melakukan jenayah itu sebagai membalas dendam kerana Nusrat beberapa kali menolak hasratnya menjalin hubungan mesra sebelum ini.


Siasatan mendapati mereka bertemu Sirajuddaula di penjara bagi menerima arahan untuk membunuh Nusrat. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah. Kejamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 11:24 AM | Show all posts
kenapa jantan2 ni x dikerat je batu dan batang mereka!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Eee terbayang bau ketiak.. Bau yang sama, yang berbeza bau kuat dengan tak je.. Puihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh . Meninggal dunia akhirnye... aritu macam terbaca berita kat c.i belum mati... ada gambar apak dia tgh nangis ... kesian tengok. Sbb apak dia yg suruh report kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 12:30 PM | Show all posts
dulu selalu ingat benda2 camni jadi dlm drama atau filem jer... tapi sedih bila realiti kejam ni sebenarnyer lg teruk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2019 12:42 PM | Show all posts
sedih nya hrp2 mereputlah diaorg semua kat penjara yg terbabit tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 12:48 PM | Show all posts
bazarayamy replied at 17-4-2019 12:30 PM
dulu selalu ingat benda2 camni jadi dlm drama atau filem jer... tapi sedih bila realiti kejam ni seb ...

ni skit je..banyakkk lagi kekejaman oleh puak2 sana..yg tak dihighlight kannn..pompuan pada dorang mcm barang..buat sesuka hati..choiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2019 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangladesh ye...Lemak on take note ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 06:12 PM | Show all posts
dah lar cuba merogol, pastu ugut jgn report. sialan punyer pengetua. rejam dgn batu jer lahanat camne
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kau dik. Susah jg org cantik ni banyak dugaan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 03:02 PM | Show all posts
giyomi replied at 17-4-2019 06:12 PM
dah lar cuba merogol, pastu ugut jgn report. sialan punyer pengetua. rejam dgn batu jer lahanat camn ...

pengetua dengan penyerang2 tu patut kena hukum bakar sampai mati. tapi bakar sikit2.. selama setahun.. sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 03:40 PM | Show all posts
Sial perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:02 PM | Show all posts
pai.kacang replied at 18-4-2019 03:02 PM
pengetua dengan penyerang2 tu patut kena hukum bakar sampai mati. tapi bakar sikit2.. selama setah ...

setuju sgt2, biar depa rasa seksanya dibakar idup2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian cantik gadis Bangla itu.

Dah orang tak nak telur masam kau jangan la merogol.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Wanita taraf babi je dalam ugama sunni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sna mmg kejam.. apakah pngaruh drama tv or paparan di drama tv itu kisah bemar?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2019 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
tak report org kata mangsa syok kena rogol, kalau report kena bunuh pulak. babi sgt manusia manusia ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.275092 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list