CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20142|Reply: 205

"Aww Romantik Sangat" - Video Pelajar Malaysia Ditolong Lelaki Inggeri

[Copy link]
Post time 16-4-2019 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto:





"Video yang sangat comel dan lelaki itu macam Prince Charming dalam Shrek."



Sebuah video pelajar Malaysia di universiti luar negara mendapat sambutan global di Twitter. Situasi di perpustakaan itu menyaksikan pelajar wanita tersebut (berbadan kecil) berusaha menarik sebuah sofa dalam kesukaran. Bagaimanapun sebelum sempat dia menyudahkan kerjanya, seorang lelaki Inggeris yang kebetulan lalu di situ secara automatik menolongnya menarik sofa hanya dengan sebelah tangan. Aksi tersebut menjadi tular dengan kapsyen "Faith in humanity restored."



Ramai netizen termasuk warga seluruh dunia memberi komen yang menunjukkan sisi romantis lelaki tersebut lalu meminta mereka ala-ala disatukan. Jom tonton video comel seminit ini.








Menurut Thaniyaha, maksud kapsyen tersebut ialah dia terharu dengan aksi spontan pertolongan daripada individu yang tidak dikenali. Tidaklah bermakna mengheret kerusi mampu mengubah dunia tetapi kebaikan itu sendiri agak sukar dilihat sekarang. Malahan dia juga tidak menyangka videonya itu menjadi tular di seluruh dunia lalu meminta mereka yang mengenali lelaki terbabit agar menerima penghargaan luar biasa ini.






Kredit foto: Twitter




Sementara itu, ramai netizen wanita merasakan lelaki itu sangat ''cute' hingga sanggup menolong orang asing, apatah lagi dengan Islamphobia yang berada di sana tidak menjejaskan niat baik lelaki terbabit. Malahan aksi spontan tersebut membuatkan mereka berasa masih ramai orang di luar sana yang mempunyai nilai kemanusiaan melebihi rasa rasis.  Di bawah antara kata-kata daripada netizen di seluruh dunia.














Kredit foto: Twitter





Jadi, anda rasa video ni comel tak? Tiba-tiba berangan seperti bertemu jodoh ke tu? - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 11:33 AM | Show all posts
cuba kalau bangladesh hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Takat tlg alih kusi je kot. Gigih jugak nk uplod
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:53 AM | Show all posts
bawangkecik replied at 16-4-2019 11:33 AM
cuba kalau bangladesh hahahaha

taik la nak viral bangla kalo
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:53 AM | Show all posts
Perkara biasa je ni bagi diorang. Most mat salleh katsini pun macamtu, ringan tangan nak tolong.

Kita? Kebanyakkan jangan kan nak tolong orang depan mata, sampah sendiri pun buang merata. Mentaliti 'asal buat baik ada makna' tu kena buang. Buat baik tu bila-bila masa, dengan sesiapa pun tak kira VVIP atau Indo cuci toilet.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:55 AM | Show all posts
weezerfan replied at 16-4-2019 11:34 AM
Takat tlg alih kusi je kot. Gigih jugak nk uplod

Yeayyy... Tepukk tangan.... Memang tunggu komen gini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2019 12:08 PM | Show all posts
ape tujuan rekod video ni in the 1st place? and nothing special about it. orang yang tak biasa buat / nampak kebaikan depan mata je yang rasa pelik.  netizen yang kerja nak mejodoh2 kan orang ni pun satu hal.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:11 PM | Show all posts
ala ni sebab mat salleh je.. cuba klu kt sini bila lelaki melayu nk tlg ko buat muka mcm org nk rogol ko plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Batakkkkkkk nye netizen
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:13 PM | Show all posts
Benda biasa je mereka pun ada yang rajin tolong bantu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ruffboyz replied at 16-4-2019 12:11 PM
ala ni sebab mat salleh je.. cuba klu kt sini bila lelaki melayu nk tlg ko buat muka mcm org nk rogo ...

Kalau laki melayu tlg mulalah perasan jantan tu nk ngorat dia. Puiii..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat saleh memang sebegini perangainya kerana sejak kecil dah dilatih supaya menjadi 'gentleman'. Kalau pi mid valley.. Kekadang mat saleh ni.. Dia dah depan eskalator pun boleh beri laluan pada iols dulu.. Kalau pintu kedai siap di tahan nya.. Sikap macam ni ada juga pada lelaki Malaysia.. Pernah juga jumpa.. Walaupun tak saling mengenali tapi tolong buka dan tahan pintu, sampai iols keluar baru dia masuk. Tapi rare jugalah nak jumpa..


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:16 PM | Show all posts
weezerfan replied at 16-4-2019 11:34 AM
Takat tlg alih kusi je kot. Gigih jugak nk uplod

dunia zaman skrg penuh dgn manusia2 pentingkan diri sendiri...tgk pasal parent dgn storller baby sudah...mcm mana response nitizen....padahl bukan issue pun klu kita masih ada sikap tolak ansur dan hormat menghormati satu sama lain...

so bila masih ada yang sudi menolong ianya menjadi sesuatu yg amat bermakna..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala kalau Meleis tolong dlm hati mesti sebut "Meleis je pownnn" flip hair.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:20 PM | Show all posts
biasa je kut. BBNU betul
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa kawan die tolong rakam je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 12:23 PM | Show all posts
yg merakam tu kenapa tak tolong kawan dia tarik sofa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ek alihkan sofa? Akak library tak bising ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu pun nak kecoh.. Biasa je kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:42 PM | Show all posts
Mcm ngok ngek jer. Tu pun nak meriak upload
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047372 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list