CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1655|Reply: 0

5 Game Engine Percuma Untuk Bakat Baru Pembangun Permainan Video

[Copy link]
Post time 12-4-2019 10:49 AM | Show all posts |Read mode





Mencipta permainan video sendiri bukannya kerja mudah. Permainan Video bertaraf AAA mungkin mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk dihasilkan. Mungkin kita menyangka, mustahil bagi mereka yang tidak mempunyai asas dalam bidang IT/Programming untuk menghasilkan permainan video sendiri.

Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi yang kita miliki kini, membina dan mencipta permainan video lebih mudah dengan adanya platform yang dikenali sebagai Game Engine.

Animas, Fizik, Pengaturcaraan, semuanya boleh diatur mengunakan Game Engine. Bagi Newbie Developer, ini antara lima Game Engine Percuma untuk memulakan pengembaraan anda dalam industri ini.


1. Game Salad.


Game Salad digunakan khas untuk mengajar kanak-kanak asas programming di USA. Ini bermakna ianya ringkas dan mudah untuk digunakan oleh semua golongan.



Sumber : Venture Beat



Tempat yang baik untuk bermula jika kita lansung tidak mempunyai sebarang asas pemprograman. Game Salad lebih sesuai untuk mereka yang berminat menghasilkan permainan video 2D.


Namun, memandangkan fokus Game Salad lebih kepada pendidikan, ianya tidak sesuai digunakan untuk projek rumit.



2. Game Maker.

Salah satu Game Engine 2D yang popular dan menjadi pilihan ramai indie developer. Bagi mereka yang serius untuk menghasilkan permainanan video 2D, Game Maker platform terbaik anda.



Sumber : Game Maker



Sudah tentunya lebih sukar dan kompleks daripada Game Salad dan anda perlu melabur sedikit masa untuk mempelajari dan memahami ciri-ciri serta kelebihan Game Maker.




3. Godot.

Sejujurnya, penulis sendiri pun tidak mengetahui kewujudan Godot sebelum menulis artikel ini. Tidak banyak pekara yang boleh diulas, namun kebanyakkan penguna baik kasual atau profesional sepakat menyatakan Godot merupakan satu platform yang cukup ringkas, ringan dan pantas.



Sumber : Git Hub



Oh ya, Godot lansung tidak mengenakan sebarang caj kepada penguna. Tiada royalti, pakej premium, segala-galanya percuma. Boleh digunakan untuk projek 2D/3D.





4. Unity.

Unity boleh dikatakan Game Engine paling popular dan sempurna untuk digunakan. Sudah tentu lengkung pembelajaran untuk Unity tidak semudah Godot, Game Maker dan Game Salad, namun bagi mereka yang serius dalam industri permainan video, Unity adalah platform yang anda perlu kuasai.



Sumber : Unity Blog



Sebagai platform paling popular di dunia, Unity mempunyai komuniti yang besar serta menganjurkan pelbagai kursus offline dan online untuk penguna mereka.





5. Unreal Engine

Game Engine yang sangat popular dalam kalangan developer permainan video AAA. Fortnite, PUBG, Borderlands 2, Bioshock, Mass Effect , Hell Blade, DmC : Devil May Cry antara contoh permainan video yang mengunakan Unreal Engine sebagai game Engine.



Sumber : Study Breaks Magazine



Jika mahu bekerja di di studio AAA, pastikan anda mahir mengunakan Unreal Engine.



Masih terdapat pelbagai Game Engine diluar sana. CryEngine, Corona, RPGMaker antara alternative yang ada. Apa yang penting sebelum bermula, pastikan anda mempunyai idea mengenai konsep permainan video yang bakal anda reka sebelum memilih platform paling sesuai untuk idea tersebut. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067017 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list