CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1503|Reply: 2

PRK Rantau: Tok Mat Dijangka Menang Selesa, Streram Bukan Calon Popular

[Copy link]
Post time 12-4-2019 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Mohamad Hasan dijangka menang selesa dalam PRK DUN Rantau. Kredit foto: Facebook






Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan selesa pada 13 April ini.


Jangkaan itu dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Azlan Zainal dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang badan penyelidikan berkenaan (http://ilhamcentre.com) pada 11 April.


Kredit foto: ILHAM Centre





Memetik kenyataan tersebut, Azlan berkata, sebanyak 87.4 peratus daripada 396 responden yang juga pengundi di DUN Rantau mewakili pelbagai latar belakang bersetuju bahawa Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat adalah lebih unggul berbanding calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Dr. S. Streram dan dua calon Bebas iaitu Mohd. Nor Yassin dan R. Malarvizhi.




Kredit foto: ILHAM Centre





Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi iaitu sebanyak 81.6 peratus berbanding Streram yang hanya beroleh 17.7 peratus.




Kredit foto: ILHAM Centre

Streram tidak dianggap sebagai calon popular. Kredit foto: AbuLeman.com



Streram juga dijangka sukar meraih sokongan pengundi India berikutan kegagalan PH menjaga kebajikan dan ekonomi kaum berkenaan serta ketiadaan pemimpin India yang berwibawa dalam kerajaan untuk membela nasib mereka.


Kajian berkenaan juga mendapati pengundi tidak melihat Streram sebagai anak tempatan malah tidak begitu dikenali jika dibandingkan dengan Ketua PKR Cabang Rembau, R. Tanggam.





Walaupun Tok Mat dijangka mempunyai kelebihan, nasib beliau hanya akan dapat diketahui setelah keputusan PRK DUN Rantau diumumkan selepas proses penjumlahan undi selesai. - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2019 10:08 AM | Show all posts
betui ka skandal tak bayaq hutang streram peneram ni? memang typikal rentung bangsa bodolgemok la berhutang tak mau bayaq...wakakakakakakkakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2019 02:19 PM | Show all posts
nasib baik anak bulu-bulu tak sambung belajar doktur jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.250083 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list