View: 1204|Reply: 1
|
Jalan-jalan Sambil Hayun Anu Sendiri Yang Dipotong
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki didapati merayau-rayau di sekitar Costa del Sol, Sepanyol sambil memegang dan menggoyang-goyangkan zakarnya yang dipotong pada Ahad lalu, lapor The Sun.
Menurut laporan, lelaki yang berlumuran darah itu dilihat berkeliaran sambil menjerit mendakwa dirinya makhluk asing bernama Sergio.
Dia kemudian dibawa ke hospital Benalmádena untuk menjalani pembedahan kecemasan bagi menyambung semula alat kemaluannya itu yang diikat dengan getah dan tali kasut.
Foto: The Sun
Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu mengalami kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul.
Sementara itu, Diario Sur melaporkan polis percaya lelaki itu terbabit aktiviti seks ganas selain mengesyaki dia mengalami masalah mental dan mendengar bisikan mengarahkannya memotong zakarnya sendiri.
Lelaki itu dilaporkan ditahan di Benalmádena selepas polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan seorang lelaki berlemuran darah di bahagian kemaluannya dilihat berkeliaran berhampiran kediamannya.
Pada mulanya, dia mendakwa dirinya adalah makhluk asing bernama Sergio, namun kemudian mengatakan dia adalah wanita bernama Naomi.
Hasil ujian air kencing bagaimanapun menolak kemungkinan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Lelaki itu dilaporkan kini stabil dan menjalani rawatan psikiatrik, namun tidak diketahui sama ada pembedahan menyambung semula organ itu berjaya atau tidak.
Difahamkan, itu adalah kejadian kedua dalam masa kurang sebulan selepas lelaki berusia 33 tahun dilihat berkeliaran di sekitar Zaragoza sambil memegang zakarnya yang dibungkus di dalam plastik.
Polis dimaklumkan, lelaki itu memotong zakarnya di rumah pada 14 Mac lalu dan mengesyaki dia di bawah pengaruh dadah atau mungkin mengalami masalah mental. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|