Pengacara, Amin Idris diselar kerana membawa stigma mengahwini pesakit HIV adalah keputusan tidak cerdik. Hal ini membawa pada kemarahan netizen terutamanya penghidap penyakit virus kurang imun manusia ini.
Sementelah lagi ia dibentangkan di hadapan pelajar sekolah yang kebanyakkannya mungkin percaya dengan kata-kata orang terpelajar seperti Amin, tetapi sebenarnya ia langsung tidak berasas! Lebih membuatkan ia parah kerana ianya ditayangkan di saluran televisyen yang lebih ramai penontonnya akan salah sangka.
Istilah 'kurang cerdik' bagi segelintir netizen adalah gelaran yang sangat menghina. Walhal setiap perantara program perlu membuat kajian terlebih dahulu mengenai tajuk yang mahu dibincangkan. Sekurang-kurangnya banyakkan membaca supaya tidak digelar bodoh atau bercakap perkara sia-sia. Ini kerana penghidap HIV sebenarnya boleh kahwin dan beranak seperti orang lain tanpa menyebarkan virus tersebut kepada pasangannya atau ahli keluarga lain, dengan syarat berstatus UVL dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Carian Internet
Hal sama turut berlaku pada stigma masyarakat keseluruhan yang menganggap pengidah HIV seolah-olah menunggu mati lalu memandang jijik golongan ini. Ia banyak disaksikan di kaca televisyen memberi tanggapan salah kepada khalayak ramai. Walhal penghidap HIV bukan sahaja mendapat virus tersebut disebabkan dadah, penggunaan jarum dan bertukar-tukar pasangan seks.
Sesetengah daripada mereka mendapatnya daripada pasangan suami atau isteri, dirogol dan pelbagai lagi sebab lain. Jadi, stigma ini menjauhkan lagi golongan teraniayai ini.
Amin Idris
"Mungkin golongan 'kurang cerdik' ni sebenarnya salah faham dengan AIDS. HIV bukan penyakit tapi Virus, AIDS tu yang penyakit. Jadi, tak semestinya penghidap HIV akan mendapat AIDS."
Ini membuatkan ada penghidap HIV membuat surat terbuka kepada Amin Idris supaya mengkaji terlebih dahulu setiap perkara sebelum melontarkan stigma buruk.
Jadi, sebagai pengacara sepatutnya Amin bersikap neutral dalam menangani sesuatu isu. Bak kata pepatah 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.' - CARI
|