View: 1254|Reply: 5
|
Pope Francis Tegur Kaki Bola Gelar Messi 'Tuhan'
[Copy link]
|
|
Peminat kelab bola sepak Barcelona selalu menggelarkan pemain utamanya, Lionel Messi dengan gelaran ‘D10S’ iaitu kombinasi perkataan Sepanyol ‘dios’ yang bermaksud Tuhan dan angka 10 pada jersinya.
Kredit foto: Sky News
Semenangnya Messi adalah antara pemain terbaik dunia, tetapi Pope Francis menegur peminat-peminat fanatik yang memanggi Messi dengan gelaran Tuhan (Dios).
Pope berkata penggunaan perkataan Tuhan untuk memanggil Messi secara teorinya karut dan syirik dan mengarahkan peminat pemain itu supaya menghentikannya. Pope ditanya soalan itu ketika muncul dalam sabuah rancangan televisyen Sepanyol, La Sexta.
Kredit foto: Sky News
Ketika ditanya hos, Jordi Evole apakah pendapat Pope mengenai gelaran Tuhan yang diberikan peminat untuk Messi, Pope menjawab ‘Peminat boleh memanggil dengan banyak lagi gelaran kekaguman lain, tetapi menggunakan perkataan Tuhan adalah melampau’ jawabnya.
Kredit foto: Sky News
‘Dia sememangnya pandai bermain bola, tetapi dia bukan Tuhan’ tambah Pope lagi.
Pope Francis sendiri adalah seorang peminat bola dan menjadi ahlli kelab San Lorenzo di Beunos Aires. Beliau pernah berjumpa dengan Messi iaitu rakan senegaranya dari Argentina pada tahun 2013 dan berpendapat Messi lebih baik daripada Pele, Diego Maradona dan Cristiano Ronaldo.
Kredit foto: Sky News
Dengan lima kemenangan anugerah tertinggi bola sepak, Ballon d'Or, pemain berusia 31 tahun itu telah bermain dengan Barcelona sepanjang kerjayanya dan membawa pasukannya memenangi sembilan kejuaraan liga, enam Copa del Rey dan empat kejuaraan Liga UEFA, selain menjuarai Champion League beberapa kali.
Bagaimanapun, Messi belum berjaya mengemudi pasukan Argentina untuk memenangi Piala Dunia.
Kredit foto: Sky News
Tidak salah untuk memuja seseorang kerana minat mendalam, tetapi memanggil dengan gelaran Tuhan sememangnya agak berlebihan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Go messi go 4 6th ballon d or |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa rajin tgok telenovela selalu dgr pelakon2 sebuat Dios Mio! Maksudnya Oh My God!.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya tidaklah maksudnya mereka bertuhankan si Messi tu sahaja sebagai kata2 pujian dan kenbetulan sama dgn no jersi |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 9-4-2019 11:44 AM
Go messi go 4 6th ballon d or
Gifted betul ya dia ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm interesting
inilah budaya ke-di-sini - kini-an...apa depa peduli medan makna |
|
|
|
|
|
|
| |
|