CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4878|Reply: 37

"Orang Sibuk Bersanding, Dia Masuk Bilik Curi Duit"

[Copy link]
Post time 5-4-2019 03:42 PM | Show all posts |Read mode


Foto Twitter






"Ni pompuan ni, masuk kenduri, orang sibuk bersanding, kau masuk bilik curi duit ya?"


Begitulah kemarahan sebuah keluarga terhadap kejadian curi yang berlaku di rumah mereka ketika masing-masing sibuk dengan acara persandingan. Seorang wanita asing, yang tidak dijemput muncul di rumah mereka, berkelakuan seperti tetamu yang lain tetapi diam-diam masuk ke bilik lalu mencuri duit.



Namun, akhirnya pencuri tersebut dapat diberkas dan ternyata wang curian berada pada dirinya membuktikan wanita tersebut benar-benar seorang pencuri.



Sebuah video pendek memaparkan wanita tersebut cuba menyembunyikan muka daripada rakaman kamera dan juga kemarahan ahli keluarga tular di media sosial.






Biarpun kes sebegini pernah didedahkan, namun ianya masih berlaku di sesetengah tempat. Malahan waktu kenduri adalah yang paling tepat untuk melaksanakan operasi ini kerana tuan rumah akan sibuk melayan tetamu





Ramai netizen turut menyifatkan yang pencuri sebegini sememangnya bijak dan sudah biasa mencuri. Ini kerana cara pemakaiannya juga seperti tetamu, cuma berkeadaan mencurigakan sehinggalah dia ditangkap. Malahan ramai yang turut memuji wajah pencuri yang dikatakan ada rupa hingga ada netizen yang bergurau mahu bernikah dengannya.



Kredit foto: Twitter




Bagaimanapun, ada juga netizen tidak setuju dengan aktiviti merakam serta mengaibkan pencuri tersebut, sedangkan ianya boleh diselesaikan dengan lebih baik tanpa permu menularkan wajahnya.



Kredit foto: twitter




Aduh! Macam-macam ya kisah curi ini. Padanlah ramai juga yang menggunakan dewan berbanding rumah sendiri untuk bernikah. - CARI




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepandai2 tupai melompat ..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar je ke balai
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes lama  ni

Ke kes serupa
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wujud lagi video 3gp macam ni?

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
memang ada manusia yang dapatkan duit mudah macam ni
hish
nak senang je keje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2019 04:25 PM | Show all posts


yela, pncuri muka siap, body pun ok, mmgla pity

cube kalu gemok, muka buruk, habisla takde sapa kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 5-4-2019 03:56 PM
Mcm kes lama  ni

Ke kes serupa

Ha ahh ye . Rasa2 ni video zaman dulukala je.... sbb mcm dejavu... baju2 org pegi kenduri pon macam out of date jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg.kena berjaga jaga..
Sebb akan ada amek.kesempatan gini..
Konon nak tukar spender la.
Nak.repair coli.la
Nak.tumpang.smayang la
Nak.netek anak.la
Choi.la

Pi bilik pengantin.jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni pernah jadi kat kwn kkk I. Mmg kesian kat kwn kkk I. Org tgh happy2. Eh ada pulak pencuri ambek kesempatan. Konon2 tetamu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
My opismate prnah kena, habis lesap duit hantaran beribu hilang, saudara mara yg simpan handbeg dlm bilik pn smua duit pakat hilang, dia selongkar habis stu bilik...kejadian thn 2010 xsilap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 04:44 PM | Show all posts


muka lawa..body mari....

mana x kesian
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah jdi kt family aku.. Time kenduri kan bz mana sempat nk tgk siapa kuar masuk rumah. Fon pulak tgh cas, abis kna rembat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 05:17 PM | Show all posts
dah la datang tak diundang..
berani pula mencuri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran sebelah mak aku ada seorang mcm ni. Jenis tangan panjang. Pantang lepa
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis aku nanti, kenduri luar rumah. Ahli keluarga terdekat je boleh masuk dalam rumah.

Masa kenduri kakak aku, memang aku dok dalam rumah je. Berjaga-jaga kot2 ada orang masuk dalam bilik. Tiada orang suruh pun tapi tahu tu tanggungjawab kita. Adik-adik aku dok kat luar rumah, pandai-pandai lah diorang layan tetamu.

Lantaklah orang nak kata apa, takkan aku nak suruh sepupu sepapat pulak.

Nervous pulak aku nanti turn aku esok-esok. Haih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah weols tiap kali buat kenduri wajib duit hilang..bukan orang lain ambik, family sendiri jgk..skrg bila gathering family ke kenduri pirse/handbag, duit semua tinggal dalam kereta..selesai masalah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 07:20 PM | Show all posts
bagus jugalah sekarang ramai dah buat
majlis kat dewan..

banyak perkara dapat diselamatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Disebabkan hal camni la mak ayah aku mmg taknak bt kenduri kat rumah. Semua kat dewan. Nikah pun Kat masjid
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak kunci pintu bilik?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053925 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list