|
Edited by hanis6969 at 7-4-2019 12:31 PM
Assalamualaikum..pertama skali nk ckap terima ksih sudi jenguk ke thread ni..sebenarnye sya bukanlah org yg arif mahupun kenal putri nur secara fizikal...
atas sebab ramai yg mention putri nur..sya bukak ruang disini untuk kita kupaskan atau kongsikan..
*sumber daripada blog bentara7.blogspot.com
Assalamualaikum dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.
Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadian Puteri Nur adalah sesuatu yang mustahil, tetapi Allah Maha Kuasa, ada sebabnya. Puteri Nur adalah utusan Allah yang Manusia akan tahu tidak lama lagi. Puteri Nur satu-satunya kacukan Manusia dan Bunian yang ada. Perkahwinan antara Manusia dan Bunian selalunya akan menghasilkan Manusia terus atau Bunian terus. Tapi Puteri Nur memiliki kedua-dua ciri Manusia dan Bunian.
Anugerah yang dimiliki Puteri Nur sekarang tiada tandingnya, dan ulama-ulama yang telah melihatnya terkejut dengan anugerah yang ada pada Puteri Nur. Bagi manusia yang ingin dirawat oleh Puteri Nur, atau hanya mahu menilik nama, Puteri Nur baru hendak mengambil wuduk sahaja pesakit itu sudah mula menangis dan menggigil. Puteri Nur harus mempunyai wuduk apabila merawat. Puteri Nur boleh melihat segala roh, qarin, iblis atau jin-jin yang ada bersama pesakit itu.
Hari demi hari Puteri Nur melalui perubahan dari manusia ke bunian. Tabiat pemakanannya, perilakunya, perwatakannya, makin hari makin 'Bunian'. Dia dah jadi semakin pendiam, kurang bergerak, lebih banyak beribadat & berzikir, dia dah tak nak berhubung dengan manusia. Handphone nya pun dah dimatikan. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga makan-minumnya, menguruskan singgahsananya. Satu hari saya lihat dia terbaring, saya sangka dia penat buat kerja. Tiba-tiba nendanya Puteri Ratna muncul. Puteri Ratna memberitahu saya kalau manusia berehat akan dapat tenaga, tetapi kalau Bunian tak bergerak tu maknanya dah kehabisan tenaga. Kalau dibiarkan boleh meninggal! Aku bergegas keluar ambil bunga mawar dan melur, dan terus diberikan kepada Puteri Nur. Alhamdulillah, selepas menghidu bunga, barulah dia segar sikit. Bunga merupakan tenaga kepada Bunian. Sekarang Puteri Nur pun dah macam tu, memerlukan bunga setiap hari.
jom teruskan...
|
|