Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle menggemparkan peminatnya apabila memperkenalkan akaun baru Instagram mereka hari ini.
Kredit foto: Instagram
Putera Harry, 34, dan Meghan, 37, melancarkan akaun Diraja Sussex itu yang akan diuruskan berasingan daripada akaun utama Diraja @KensingtonRoyal yang selama ini dikendalikan Putera William, 36, dan isterinya, Kate Middleton, 37.
Kredit foto: Instagram
Instagram yang menggunakan nama @sussexroyal itu membuat posting pertamanya dengan gambar monogram HM yang menggabungkan huruf pertama nama mereka, disusuli dengan sembilan gambar pilihan termasuk beberapa yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Kredit foto: Instagram
Antara gambar-gambar itu termasuklah lawatan mereka ke Mesir, Australia, New Zealand, Tonga dan Fiji pada tahun lalu.
Kredit foto: Instagram
Gambar-gambar itu lengkap dengan nota 'Selamat datang ke Instagram rasmi kami, kami tidak sabar untuk berkongsi semua kerja-kerja kebajikan yang kami sokong, pengumuman penting dan isu-isu yang kami rasa perlu diketengahkan'.
'Kami berterima kasih atas sokongan anda - Harry & Meghan'.
Kredit foto: Instagram
Dalam 30 minit pelancarannya, akaun itu menarik 50,000 pengikut dan sehingga kini mencapai 1.5 juta dalam kurang lapan jam. Pelancaran Instagram mereka turut dialu-alukan oleh @KensingtonRoyal yang mengucapkan selamat datang ke dunia Instagram kepada @SussexRoyal.
Kredit foto: Carian Google
Bagi peminat pasangan Diraja ini, sudah pastinya tidak sabar melihat gambar bayi comel mereka nanti di Instagram ini yang dijangka akan lahir tidak lama lagi. - CARI |