CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9047|Reply: 8

Suatu Ketika : Rockers Menangis Rambut Dipotong Menteri

[Copy link]
Post time 2-4-2019 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
RAMBUT panjang memang sinonim dengan penyanyi rock pada 1980-an hingga 1990-an. Itulah penampilan awal kugiran tempatan seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bumiputra Rockers. Bagi rockers-rockers ini, imej rock mereka tidak sempurna tanpa rambut panjang. Ia adalah identiti maka memotong rambut pendek bermakna mengorbankan identiti mereka.

Isu rambut panjang sangat hangat diperkatakan ketika muzik rock berada di kemuncaknya. Search dengan lagu ‘berhantunya’, Isabella mencatat kejayaan besar setelah meraih Anugerah Juara Lagu pada 1989 dan menembusi pasaran Indonesia. Lagu itu turut diangkat menjadi filem pada 1990 dengan menampilkan Amy Search dan aktres Indonesia, Nia Zulkharnain sebagai pelakon utama.

Agak malang, rambut panjang artis rock ini dikaitkan sebagai `imej negatif’. Sebelum itu, mereka telah terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk gaya hidup yang bebas dan ganas. Insiden ‘rusuhan’ semasa konsert Battle Of The Band di Pulau Pinang pada 1986 juga menconteng arang ke muka artis rock.


Rock selepas itu mula disinonimkan dengan hedonisme dan budaya kuning. Semua yang berkaitan dengan rock dilihat negatif baik dari segi muzik mahupun penampilan. Kemuncaknya, penampilan artis rock yang berambut panjang diharamkan oleh kerajaan pada 1990.

Penyanyi Wings, Awie atau Datuk Ahmad Azhar Othman tidak pernah melupakan detik bersejarah pada 1 November 1992 apabila rambutnya dan Amy Search dipotong oleh Menteri Penerangan ketika itu, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat. Upacara potong rambut itu disiarkan secara langsung di RTM.

Kata Awie, walaupun tidak bersetuju pada awalnya, namun Wings dan Search relak memendekkan rambut sebagai bukti bahawa mereka dan artis rock lain tidaklah sejahat seperti yang disangka.

Walaupun sepanjang dua tahun ‘berdegil’ tidak mahu memendekkan rambut dan penampilan mereka diharamkan oleh kerajaan, Awie berkata, perkara itu tidak memutuskan rezeki mereka. Katanya, mereka masih mampu menjana pendapatan melalui undangan persembahan di fun fair dan pesta-pesta yang rata-ratanya dihadiri ribuan peminat.

Namun mengorbankan identiti bukan sesuatu yang mudah. Sisipan Mingguan Malaysia, Panca pada 8 November 1992 melaporkan, Amy dan Awie menangis selepas dipotong rambut pada upacara itu. Gambar mereka berpelukan sambil menangis yang dibidik jurugambar, Jefri Iran juga dipaparkan.

Wartawan terkenal, Juwie melaporkan, Amy berasa sedih kerana dia sudah 10 tahun membela rambut tersebut dan menganggap imej tersebut sebagai satu daripada perjuangan mereka selama terlibat dalam bidang seni.

Penampilan kedua-dua kumpulan itu selepas memotong rambut masih ada imej rock kerana syarat kerajaan ketika itu, rambut lelaki tidak boleh panjang melepasi paras bahu. Rambut mereka masih panjang dan muzik mereka masih pekat irama rock.

Cuma selepas peristiwa itu, populariti mereka tidak lagi sehebat dulu. Genre lain seperti balada juga sudah mula mendapat tempat di hati peminat. Di Barat pula, muzik hip hop perlahan-lahan mengumpul pengaruh.

Search dan Wings turut merasai kesuraman muzik rock sehingga Amy dan Awie masing-masing mula mengatur langkah membina kerjaya secara solo. Amy tampil dengan album solo pertamanya, Magic pada 1994 dengan imej botak manakala Awie juga menghasilkan album solo berjudul Awie pada tahun yang sama.

Generasi remaja pada 1980-an dan 1990-an boleh ketawa sesama sendiri sekarang mengenang era mereka berambut panjang. Apatah lagi kini setelah usia melangkaui 40-50 tahun, berambut panjang adalah amat merimaskan dan ada juga yang sudah botak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2019 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ALLAHYARHAM Tan Sri Mohamed Rahmat memotong rambut Amy Search (tengah) sambil diperhatikan Awie (kiri) serta ahli kumpulan Search dan Wings.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut awie pulak kena gunting

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Keratan akhbar berkenaan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 03:14 PM | Show all posts
ingat lg time ni live kat rtm time hmi
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 12:28 PM | Show all posts
motip live kat tv untuk ape sbnarnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2019 12:43 PM | Show all posts
muggleDylla replied at 4-4-2019 12:28 PM
motip live kat tv untuk ape sbnarnya

Utk tunjuk kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 12:46 PM | Show all posts

ooo so retis2 yg lain kena akur la kekdahnya..huhu..duluuuuuu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 01:33 PM | Show all posts
Was soo bad dulu2. Sbb tu kena masuk TV nak bagi tahu rakyat jelata yg rock ni budaya yg teruk. Mcm zaman pop yeh yeh tu bagus sangat.
Dee Snider (Twisted Sister) pun kena mengadap kongress zaman tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.074966 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list