Bayi berusia empat bulan maut terjatuh dari eskalator tingkat tiga di Pusat Beli-belah Zhenxing di Changping, China pada 30 Mac lalu.
Memetik Mirror, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita mendukung bayi sambil memimpin seorang lagi kanak-kanak sedang melangkah ke eskalator berkenaan.
Bagaimanapun, wanita itu tiba-tiba hilang keseimbangan sebelum bayinya terlepas dari dukungannya dan terjatuh dari eskalator berkenaan.
Menerusi paparan CCTV, ibu dan anak lelakinya itu bergegas turun ke tingkat bawah.
Difahamkan, sebaik tiba di tingkat bawah, wanita terbabit terduduk sambil meraung meratapi kematian anaknya itu.
Paramedik yang tiba di lokasi kejadian berusaha menyelamatkan nyawa mangsa, namun gagal sebelum mengesahkannya meninggal dunia.
Kredit foto: Mirror/AsiaWire
Laporan media tempatan mengatakan bapa mangsa bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima berita tragis itu, namun bayi terbabit disahkan meninggal dunia sekitar jam 1 tengah hari.
Kes masih dalam siasatan polis. - CARI
|