CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1253|Reply: 1

'Sepatutnya Berjalan Secara Tertutup' - PAS Tak Setuju Kes Najib Disiarkan Secar

[Copy link]
Post time 1-4-2019 03:21 PM | Show all posts |Read mode
“Bagi saya sepatutnya berjalan secara tertutup sebagaimana biasa. Yang penting keadilan kepada semua pihak."


Foto: Malaysia Dateline




Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak bersetuju dengan cadangan kes perbicaraan mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan secara langsung, lapor MalaysiaKini.


Menurutnya, perbicaraan secara langsung akan mendedahkan kepada pelbagai ulasan, tohmahan dan spekulasi selain mengganggu prosiding mahkamah dan mendedahkan kepada pelbagai kesalahan perundangan.




Foto: IG Anwar




Sementara itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim pula berpendapat sebaliknya kerana dengan cara itu, rakyat dapat mengetahui jumlah wang negara yang telah "dirompak".


Bagaimanapun, dia menyerahkan keputusan itu kepada mahkamah, katanya kepada Sinar Harian.


Foto: IG Wan Azizah




Namun, berbeza dengan isterinya, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan siaran perbicaraan secara langsung hanya akan menjadikan ia seperti "persembahan sarkas".


Najib sebelum ini menyokong petisyen yang dibuat netizen agar perbicaraan membabitkan kesnya disiarkan secara langsung.




  



Menurutnya, ia akan membantu perbicaraannya berjalan dengan telus. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tu. Nanti buat live lagi mcm2 isu timbul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.442402 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list