CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3240|Reply: 8

Kematian Chase, Anjing Paling Hodoh Britain Ditangisi

  [Copy link]
Post time 27-3-2019 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Anjing Britain yang pernah diiktiraf Paling Hodoh diumumkan mati di usia 16 tahun.


Anjing yang dinamakan Chase itu mendapat gelaran tersebut berikutan keadaanya yang tidak mempunyai gigi, penyakit katarak sebelah mata dan gaya berjalan yang tempang.



Kredit foto: DailyMail



Kematian Chase diumumkan oleh pemiliknya Storm Shayler, 50. Storm berkata sia sudah pasti akan merindui Chase, satu-satu anjingnya yang unik.


"Chase mempunyai personaliti dan saya sering membawanya ke mana sahaja, tiada yang menakutkannya dan sangat suka bermanja dengan orang," tambah Storm.





Kredit foto: DailyMail



Storm mengambil Chase, baka kacukan anjing Chinese dari sebuah lading ternakan anjing di Neath, South Wales. Chase pernah mendapat tempat ketiga dalam sebuah pertandingan Anjing Paling Hodoh di California pada tahun 2017.





Kredit foto: DailyMail



:Saya menghantar gambarnya kepada penganjur Pertandingan Anjing Paling Hodoh dan sangat terkejut apabila Chase memenangi tempat ketiga keseluruhan dan pertama untuk Britain," kata Storm menunjukkan trofi yang pernah dimenangi oleh anjingnya itu.


Walaupun tidak memenangi tempat pertama keseluruhan, saya sangat berbangga dengan Chase," tambahnya.





Kredit foto: DailyMail



Menurut Storm, Chase mati kerana penyakit pancreatitis.'Chase mula hilang berat badan, dia tidak mahu makan atau minum, pada hari kematiannya Chase mengikut saya bersiar-siar sekeliling bukit' kata Storm.


Bersedih dengan kematian anjingnya, Storm berkata dia akan selalu merinduinya.





Kredit foto: DailyMail



Di sebalik kematian anjing hodoh ini, ianya adalah perkara yang terbaik supaya Chase tidak terseksa menahan kesakitan lagi. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Anjir paling hodoh.. kesiannya gelaran..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 01:33 PM | Show all posts

macam anjing zombie je
seram aku
tapi kesian sebab dia hodoh dari anjing lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 04:26 PM | Show all posts
beliau tetap cute di mata i..
bye chase
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 10:38 AM | Show all posts
R.I.P
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 10:57 AM | Show all posts
hodoh2 pun ramai orang sayang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2019 11:01 AM | Show all posts
Cute ke? kalau jumpa malam2 mesti seram
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 11:21 AM | Show all posts
baik tuannya jaga dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2019 11:22 AM | Show all posts
rip chase.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.085304 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list