Menurut laporan Sinchew, seorang remaja berumur 15 tahun antara ratusan penunggang motosikal yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya kerana terlibat dalam perlumbaan haram. Apa yang mengejutkan polis, pembonceng mat rempit itu adalah isterinya yang berumur 15 tahun dan sedang sarat mengandung 7 bulan!
Menurut sumber itu lagi, sekatan jalan tersebut dibuat di Kemaman, Terengganu pada 22 mac lalu sekitar pukul 4.30 petang hingga 8.30 malam. Dalam kejadian itu, seramai 105 penunggang haram dan 30 pembonceng telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam perlumbaan haram.
Kredit foto: Bernama
Penahanan pasangan tersebut mengejutkan pihak polis kerana umur penunggang dan pembonceng yang masih muda dan ditambah dengan keadaan pembonceng wanita yang sedang sarat mengandung.
Kredit foto: Carian Google
Ketua Polis Daerah Kemanan, Sup. Mohd Said Ibrahim mengesahkan penahanan terlibat dan berkata mereka akan didakwa kerana memandu secara cuai dan tanpa lesen yang sah. Beliau juga menyatakan kekesalan kerana remaja itu sanggup membahayakan nyawa isterinya yang sedang sarat mengandung.
Menurut laporan, kesemua mat rempit yang ditahan telah dibawa menunaikan solat di masjid berhampiran sebelum diarahkan menolak motosikal masing sejauh 5 km ke balai polis Kemaman. Sebanyak 188 saman turut dikeluarkan ketika operasi itu melibatkan pelbagai kesalahan.
Kredit foto: Gambar Hiasan - FMT
Nampaknya fenomena mat rempit masih lagi menjadi isu utama, lebih malang lagi kali ini turut membahayakan nyawa seorang bakal ibu yang masih remaja. Semoga berita ini menjadi teladan bagi orang ramai. -CARI |