View: 3312|Reply: 10
|
Guna 'Allah' Dalam Ucapan Perayaan Holi, Shah Rukh Khan Dipertikai
[Copy link]
|
|
Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan telah menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan peminatnya apabila memasukkan perkataan 'Allah' dalam ucapannya kepada penganut Hindu.
Menerusi Twitter, pelakon yang popular dengan gelaran SRK itu menyatakan, "Saya mengucapkan Selamat Hari Holi yang sungguh menggembirakan kepada semua! Semoga Allah mengisi kehidupan kamu dengan warna-warna kehidupan yang tercantik dan memberi kesihatan dan kebahagiaan."
Walaupun rata-rata peminatnya membalas ucapan itu, namun ada juga segelintir penganut Hindu yang tidak selesa dengan ucapan tersebut kerana berasakan perkataan 'Allah' itu tidak sesuai digunakan untuk ucapan perayaan agama Hindu.
Antara respon peminat yang tidak senang dengan ucapan SRK. Kredit foto: iamsrk
"Kenapa kamu tak cakap 'Semoga Tuhan mengisi....'? Kenapa perlu pakai terminologi Islam pada penganut Hindu walaupun pada hari perayaan mereka?"
"Selamat Hari Holi! Shri Ram saya dah memberi kamu cukup pengetahuan yang Holi dan Ola (Allah) tidak mempunyai kaitan. Ia umpama mengatakan yang Burqa adalah satu pilihan. Namun saya tumpang gembira peminat-peminat kamu yang bodoh tolong tepukkan tangan pada tweet kamu ini."
"Cara terbaik untuk membalas ialah dengan memberi ucapan yang sama. Pada Hari Raya kita patut ucapkan kepadanya Semoga Shri Ram memberi kamu kebahagiaan dan kesihatan..."
Walau bagaimanapun, komen-komen negatif ini juga mendapat tentangan dari majoriti netizen kerana dianggap berbaur perkauman dan memecahbelahkan perpaduan di kalangan masyarakat India yang berbilang agama.
Menurut kalendar Hindu, 21 Mac 2019 merupakan hari sambutan perayaan Holi, yang juga dikenali sebagai festival warna dan disambut selama dua hari di India. Perayaan ini disambut penuh meriah, menyaksikan orang ramai tidak kira tua atau muda, bergembira meraikan hari tersebut dengan pelbagai serbuk berwarna dan percikan air.
Walaupun sambutan ini berakar umbi dari kepercayaan agama Hindu, adakala ia turut disambut oleh bukan Hindu secara suka-suka. Pada malam hari pula, masyarakat India akan mengunjungi rakan dan sanak-saudara. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Di Sabah saya selalu nampak di WhatApps saudara mara Kristian mengucapkan 'Selamat Hari Raya, barakatan ko do Kinorohingan...' kepada orang Islam. Tidak menjadi masalah kepada mereka langsung, malahan happy kerana orang lain agama sudi berkongsi kegembiraan.
Lain padang lain belalang
|
|
|
|
|
|
|
|
He simply wanted to wish his God to give his bless to other people with different religion. Bukannya nak convert org pun. Ingatkan mesia je perangai sakai cmtu. Alah, mcm yg kata gbr salib tu ptt dharamkanlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia bangang cetek otak mcam tu semua lah sebenarnya tak islamic. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan xtau ummah hindu kat sana kan anti islam |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka kan multipurpose country |
|
|
|
|
|
|
|
tak nampak pun dia satu kesalahan...... Bagus jugak selalu sebut nama Allah ni |
|
|
|
|
|
|
|
teringin betul nak main serbuk2 holi ni
lepas tu dengan main baling tomato dekat spain ke mana tah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu penah baca kat mana ntah heshe ni cakap dia penah sembahyang time mak dia mati je |
|
|
|
|
|
|
| |
|