Apa sahaja yang trending satu dunia, pastinya akan mendapat perhatian daripada seluruh warga pelbagai negara sepertimana fenomena Kiki Challenge tahun lepas. Biarpun ada juga cabaran yang berakhir dengan tragedi, namun ia tetap tidak menghentikan ramai netizen turut serta dalam cabaran tersebut.
Terbaharu yang menjadi ikutan adalah perbuatan membaling keju ke muka kanak-kanak atau pun bayi dengan tujuan hiburan semata-mata. #cheesechallenge ini dimulakan pada awal Mac tahun ini dengan videonya tiba-tiba mendapat tontonan sebanyak 9 juta menyebabkan ramai juga ibu bapa turut serta dalam cabaran.
Tidak hanya di Barat, ibu bapa di Asia turut meniru perbuatan ini malahan di Malaysia sekalipun, ia mula mendapat sambutan. Persoalannya sekarang adakah perbuatan membaling makanan kepada muka anak sendiri adalah perbuatan lucu? Bukankah itu seolah-olah mengajar mereka bahawa bersikap biadab itu adalah okey?
Terdapat pelbagai perselisihan pendapat mengenai hal ini dengan ada yang menentang perbuatan tersebut manakala satu pihak lagi menganggap keju yang dibaling tidak lah sampai mencederakan bayi tersebut.
Bagaimanapun, adalah menyedihkan apabila melihat segelintir ibu bapa yang membaling keju tersebut lalu melihat reaksi bayi yang terkejut pada mulanya kemudian tidak selesa dengan sesuatu di muka mereka. Mungkin ada bayi yang boleh tersenyum serta menerima perbuatan tersebut dengan redha namun bagaimana pula dengan adab antara ibu bapa dengan anak-anak? Persoalan yang lebih utama ialah perlukah kita mengikut segala yang trending di barat?
Bagi netizen, perbuatan sebegini membuatkan bayi tersebut keliru. Biarpun mereka nampak seperti tidak memahami apa yang berlaku namun minda separuh sedar mereka akan cuba menghadam perbuatan tersebut lalu menjelaskan ianya adalah perbuatan yang boleh diterima. Hal ini akan membuatkan mereka akan membesar dengan kekeliruan.
[/twitter]
Selain itu, konsep membaling makanan sendiri itu menjelaskan tidak bersyukurnya seseorang itu. Mungkin jika ia dilakukan oleh masyarakat barat, ia seperti tidak mengapa. Tetapi apabila dilakukan oleh masyarakat Asia terutamanya orang Melayu, ia sangat janggal kerana melanggar norma-norma murni masyarakat. Malahan di barat sekalipun, sudah ada amaran supaya ibu bapa tidak menyalahgunakan keju tersebut.
Kredit foto: Twitter
"Bayangkan jika anak tersebut melakukannya kembali kepada mereka, tahu pula kata benda tu biadab. Jadi suka hati nak baling cheese ke muka budak tu takpa pula?"
Bagaimanapun, bagi segelintir netizen pula, mereka beranggapan ia adalah sekadar hiburan, jadi kita tidak perlu melatah dan marah hanya kerana keju yang ringan serta tidak mencederakan bayi apabila dibaling.
Apa pula pendapat anda? - CARI
|