View: 4925|Reply: 10
|
5 Buaya Terbesar di Dunia Dijumpai!
[Copy link]
|
|
Jika disebut tentang buaya, pasti ada yang membayangkan buaya adalah binatang yang buas dan menakutkan. Binatang ini sudah hidup sejak purbakala lagi. Sememangnya tabiat pemakanan haiwan ini memakan daging dan membiak di tempat yang basah seperti sungai, danau, paya dan sekarang reptilia ini boleh hidup di lautan.
Buaya boleh membesar sehingga 13 meter panjang dan pastinya kita tidak menyangka jika buaya seperti ini memang wujud di dunia ini. Mari kita rungkai 5 buaya yang terbesar yang telah dijumpai di muka bumi ini.
5. BUAYA GUSTAVE
Buaya Gustave adalah buaya terbesar yang telah dijumpai di Sungai Nil, Afrika. Panjangnya 6 meter dan seberat 1 ton.
Buaya ini memburu manusia dan amat ditakuti oleh orang yang tinggal di wilayah itu.
Setakat ini, buaya tersebut telah membunuh 300 orang penduduk tempatan dan semakin mengganas apabila haiwan itu kelaparan.
4. BUAYA LOLONG
Lolong, seekor buaya air masin yang dianggarkan berusia 50 tahun Berjaya dijerat oleh pemburu di Bunawan di Filipina pada tahun 2011. Panjangnya 6.17 meter seberat 1075kg.
Sebuah trailer digunakan untuk membawa buaya tersebut ke Bandar tempat untuk memeliharanya. Sejak itu, buaya lolong menjadi terkenal dan memegang rekod Guinness World Record antara buaya yang terbesar yang pernah ditangkap hidup-hidup.
3. BUAYA SANGGATA
Buaya Sanggata ditemui di Kalimantan Indonesia. Kalimantan terkenal dengan buaya yang ganas dan banyak mengorbankan nyawa. Panjangnya 7 meter dan seberat 1 ton.
Buaya Sanggata mempunyai lagendanya tersendiri. Penduduk asal di kawasan sungai Sanggata amat mematuhi pantang larang dan jika melanggar pantang menyebabkan kecelakaan kepada manusia itu sendiri.
2. BUAYA KRYS
Buaya Krys adalah salah satu buaya terbesar yang pernah ditemukan pada zaman ini di Queenland, Australia. Ditemui pada tahun 1957 oleh Krystina Pawlowski dan ditangkap Dalam keadaan yang sudah mati.
Tubuh buaya ini sepanjang 8.6 meter seberat 1 ton. Nama buaya ini dinamakan sempena nama pemburu yang berjaya memburunya.
1. BUAYA SARCOSUCHUS
Buaya ini adalah buaya yang terbesar di dunia yang pernah ditemukan. Sarcosuchus bermaksud 'daging buaya' dan buaya ini disebut Supercroc. Buaya ini memang sudah ada sejak purbakala lagi.
Mempunyai panjang tubuh 13 meter dan beratnya sekitar 8 - 10 ton. Fosil atau rangka buaya ini ditemukan di Gurun Sahara oleh seorang ahli Paleontologi Perancis yang bernama Albert Felix. Buaya ini telah pun pupus kerana bencana alam yang berlaku pada zaman itu.
Cuba bayangkan pada zaman sekarang, populasi buaya semakin meningkat dan boleh mengancam nyawa manusia. Namun, haiwan ini dilindungi oleh kerajaan supaya dapat mengekalkan populasinya daripada pemburu haram yang menginginkan daging dan kulitnya yang mahal. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pergh..tgok buaya kecik pun dah takut...ni buaya besar lg la... |
|
|
|
|
|
|
|
huish..yang paling besar tu mmg zaman dinosour la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
seramnye tgk..besar2 gitu sekali libas jer hancur tulang2 bdn |
|
|
|
|
|
|
|
Menakutkan yang saiz biasa pun dah seram ini yang bersaiz extra macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
org ckap buaya bujang senang paling bsar kat dunia..btul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dulu pergi taman buaya. Buaya tu relaks je duduk sebelah aku (ada pagar lah tapi). Dekat buletin bod ada tepek clipping pompuan try bunuh diri terjun dalam kolam ada buaya. Kena attack tapi selamat kalau tak silap. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak pakai lv kulit buaya bujang senang |
|
|
|
|
|
|
|
tengok buaya kat taman buaya pun dah cering bulu roma, ni kan besar smpai 10 meter.. pengsan kot aku |
|
|
|
|
|
|
|
scary nya tgk buaya purba tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|