Bagi membendung gejala sosial, Kelantan sebulat suara memutuskan tidak akan membuka panggung wayang di negeri itu.
Memetik Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diadakan.
Gambar Hiasan
“Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pawagam, namun jika kita buka ruang, masalahnya penguatkuasaan terhadap pelanggaran syarat.
“Kedua, boleh jadi kita boleh kawal dalam pawagam, tapi masa anak-anak keluar nak sampai ke pawagam dan balik selepas 12 tengah malam, dia akan banyak mengundang masalah gejala sosial," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin.
Tambahnya, keputusan itu tidak memberi sebarang kesan kepada Kelantan.
“Selepas hampir 30 tahun tidak mempunyai pawagam, negeri ini tidak berdepan dengan masalah kerana banyak sumber lain sekiranya mahu menonton filem," katanya yang menjelaskan Kelantan pernah membuka pawagam seperti Rex dan Lido sekitar 90-an.
Walaupun dibuka dengan syarat ketat dari Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), mereka memutuskan untuk menarik diri dua tahun kemudian.
Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim, semalam mencadangkan supaya Kelantan membenarkan pembukaan pawagam patuh syariah memandangkan ramai penduduknya ke Terengganu setiap hujung minggu semata-mata untuk menonton wayang. - CARI
Post time 20-3-2019 03:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hmm, kelantan ini suka menyokong industry cetak rompak sbb org nak tgk wayang tak boleh. Kena beli dvd cetak rompak.
Arab Saudi pun dah ada pawagam. Kelantan ini lagi kuno drpd Arab saudi
Post time 20-3-2019 04:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Negeri mereka selesa mcm tu biar la........topik ni buat kita teringat eh dah lamaaaaa la tak tengok wayang...kita suka tgk wayang sambil mkn hotdog..and mash potato..kat GSC punya sedap..hehe..