Membandingkan gambar lama dan terkini pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo, anda pasti menyedari struktur muka dan giginya sangat berbeza mengundang spekulasi atlet berusia 34 tahun itu pernah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan kacak.
Kredit foto: Carian Google
Seiring dengan imejnya yang sering tampil bergaya, dia dikatakan ingin membantu ramai lelaki yang menghadapi masalah kebotakan.
Ronaldo telah merasmikan pembukaan sebuah klinik rawatan rambutnya yang khusus dalam pemindahan dan penanaman rambut.
Kredit foto: Instagram
Klinik rawatan rambut yang diberi nama Insparya itu dibuka di bandar kelahirannya, Madrid dan akan diuruskan oleh teman wanitanya Georgina Rodriguez.
"Kami akan memulakan revolusi pemindahan dan penanaman rambut," kata Ronaldo dalam kenyataan di Instagramnya.
Menurutnya lagi, klinik itu akan memfokuskan kepada penggunaan penyelidikan dan teknologi terbaru untuk membantu ramai wanita dan lelaki meningkatkan keyakinan diri.
Kredit foto: Carian Google
Sumber Daily Mirror mengatakan klinik itu nanti akan mempunyai 150 kakitangan dan dapat melakukan 18 rawatan menanam rambut dalam sehari.
Ronaldo bagaimanapun menafikan pernah membuat rawatan rambut. "Setakat ini saya belum memerlukan rawatan pemindahan rambut, tapi bila sampai masanya saya tidak akan teragak-agak untuk melakukannya."
Kredit foto: Carian Google
Pastinya klinik ini akan menjadi tumpuan bagi para lelaki yang ingin mendapatkan kembali rambut mereka yang telah hilang dan kelihatan kacak seperti Ronaldo. -CARI |